Premium
Murid perlu didedah kepada budaya dengan lebih kerap
Usaha ini bantu mereka lebih tertarik dengan keindahan bahasa, budaya Melayu
Sep 26, 2022 | 5:30 AM
BERIKAN BANTUAN LEBIH MENYELURUH: Menurut Cikgu Nor Shahila Mohammed, sebagai guru, bantuan apa yang diberikan perlu lebih menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada bidang akademik sahaja. - Foto AGAB -
Dedikasi, komitmen, dan juga kreativiti. Ini merupakan antara ciri utama yang terserlah dalam kalangan guru yang dicalonkan bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini. Seramai enam calon ditampilkan dalam dua kategori tahun ini iaitu kategori Perangsang dan Teladan. Ikuti soal jawab bersama Cikgu Nor Shahila Mohammed daripada Sekolah Rendah North View.
Soalan (S): Apakah antara cabaran yang Cikgu hadapi sewaktu mengajar Bahasa Melayu? Bagaimanakah Cikgu mengatasinya?

