Muslim SG boleh amal agama, bersikap inklusif terhadap agama lain: Ustaz Mohamed
Premium
Muslim SG boleh amal agama, bersikap inklusif terhadap agama lain: Ustaz Mohamed
Jul 29, 2022 | 5:30 AM
SIFAT INKLUSIF: Ustaz Dr Mohamed membincangkan ajaran Islam dan Al-Quran yang menyokong perspektif inklusif dan hubungan silang agama yang positif semasa menyampaikan ceramah di seminar 'Faiths in Context' bertajuk 'The Quranic Perspective to Plurality and Inclusivity' kelmarin. - Foto DIALOGUE CENTRE -
MUSLIM di Singapura masih boleh mengamalkan agama mereka dan berpegang pada kepercayaan asas agama mereka sementara bersikap inklusif terhadap agama lain, antaranya dengan memiliki hubungan baik dengan masyarakat berlainan agama.
Sikap ini turut disokong Al-Quran dan ajaran ulama kontemporari, menurut Penolong Profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajatratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ustaz Dr Mohamed Ali.

