Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naik taraf... Seah Im sekarang lebih berangin

Mar 20, 2023 | 5:30 AM
MENJADI TUMPUAN RAMAI: Suasana sesak dapat dilihat pada hari pertama Pusat Makanan Seah Im beroperasi semula pada Isnin setelah ianya ditutup buat sementara sejak September 2022 untuk memberi laluan bagi kerja naik taraf. - Foto-foto BH oleh SHAFIQ APANDI
MENJADI TUMPUAN RAMAI: Suasana sesak dapat dilihat pada hari pertama Pusat Makanan Seah Im beroperasi semula pada Isnin setelah ianya ditutup buat sementara sejak September 2022 untuk memberi laluan bagi kerja naik taraf. - Foto-foto BH oleh SHAFIQ APANDI -

SETELAH enam bulan menanti, pelanggan kini dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di Pusat Makanan Seah Im yang baru sahaja dibuka semula pada Isnin lalu.

Ditutup buat sementara sejak September 2022, pusat makanan yang terletak berhadapan Vivocity dan Pusat HarbourFront itu telah menjalani kerja naik taraf untuk meningkatkan keselesaan buat pelanggan dan pegerai.

Antara kerja ubah elok yang telah dilakukan termasuk pemasangan meja makan dan tempat duduk baru, peluasan laluan jalan dan kerja naik taraf bagi tandas awam.

Pengunjung juga dapat merasakan tempat itu semakin berangin dengan pemasangan sistem pengudaraan yang dipertingkatkan serta pemasangan kipas baru.

Dengan kerja naik taraf yang telah selesai, pengunjung boleh menjangka lebih banyak gerai yang akan dibuka semula secara bertahap-tahap.

Tinajaun Berita Harian (BH) ke Pusat Makanan Seah Im pada Isnin, mendapati terdapat banyak lagi gerai yang masih belum dibuka.

Antara gerai yang sudah dibuka ialah lapan gerai makanan halal atau gerai pemilik Melayu/Islam.

Ia termasuk gerai Farasha By Intan, Aspirasi Chicken Rice, Daliman's Corner, Cutlet's House dan Thaksin Beef Noodle.

Menurut kenyataan Penguasa Tanah Singapura (SLA), lebih banyak gerai kosong khusus untuk makanan dan bukan makanan akan ditawarkan bagi yang ingin menyewa bermula April 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg