Topic followed successfully
Go to BHkuNajib, Anwar kongsi pentas debat buat julung kali
Premium
Najib, Anwar kongsi pentas debat buat julung kali
May 14, 2022 | 5:30 AM
Najib, Anwar kongsi pentas debat buat julung kali
JULUNG-JULUNG KALI: Pendebat Datuk Seri Najib Razak (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersentuhan genggaman sambil disaksikan oleh moderator Haslina AR Kamaluddin sebelum memulakan Program Debat Perdana di Matic, Kuala Lumpur. - Foto FAHMI FADZIL -
TOKOH politik besar Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat kali pertama menggunakan pentas pendebatan untuk mengemukakan pandangan mengenai isu masa depan negara selain kewajaran menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Sapura Energy Bhd (SEB), yang dalam proses muflis.
Kedua-dua tokoh, yang juga mantan menteri kewangan, bersemuka dalam Program Debat Perdana dengan mengemukakan hujah bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh moderator, Cik Haslina AR Kamaluddin, dua soalan daripada tetamu selain Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar masing-masing menanyakan satu soalan.

