Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Nak rasa naik kuda? Bagaimana kalau seramik pecah?

Jul 03, 2023 | 05:30 AM



Pastikan masa bersama keluarga lebih bermakna dengan melakukan kegiatan berikut:

INTERAKSI DENGAN KUDA

Tapak balapan lumba kuda Singapore Turf Club di Kranji bakal ditutup menjelang Mac 2024.

Sementara nasib 700 kuda di tapak tersebut masih tidak diketahui, orang ramai masih boleh menyertai program di pusat tunggangan di tapak tersebut.

Ibu bapa dengan anak-anak berusia lima tahun ke atas boleh ‘beramah-tamah’ dengan kuda-kuda di sana.

Orang ramai juga berpeluang dibawa mengelilingi kandang kuda.

Pengunjung turut boleh memilih sama ada mereka ingin menunggang kuda di sekeliling kawasan itu.

Untuk menjaga kesejahteraan kuda-kuda tersebut, hanya penunggang seberat 75 kilogram ke bawah boleh menaiki kuda.

Untuk kegiatan ini, kanak-kanak berusia lima hingga lapan tahun perlu ditemani seorang dewasa.

Harga kegiatan ini bermula daripada $88 dan boleh ditempah melalui Klook.

PELAJARI SENI ‘KINTSUGI’ DARI JEPUN

‘Kintsugi’ merupakan seni kuno dari Jepun di mana pinggan seramik dipasang semula dengan serbuk keemas-emasan dan pelekat.

Ia juga merupakan seni penawar atau ‘healing’– di mana serpihan itu menggambarkan tekanan emosi dan kejadian yang tidak diingini.

Jurulatih ‘Kintsugi’ dan pakar terapi seni, Cik Nilofar Iyer, memulakan Kintsugi Art Studio di Upper East Coast pada 2022 dan baru-baru ini menawarkan kelas bagi kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas.

“Ia merupakan pengajaran penting dari segi daya tahan dan kekuatan yang boleh dipelajari kanak-kanak melalui bengkel ini,” kata Cik Iyer.

Sepertimana mereka perlu bersabar dalam memasang semula seramik yang pecah, mereka juga boleh memperbaiki prestasi akademik mereka dan tidak berputus asa jika mereka tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Kanak-kanak biasanya akan memasang seramik kecil dan leper, sementara ibu bapa mereka boleh turut serta dalam memasang serpihan yang lebih kompleks.

Bengkel selama dua jam itu berharga $75 untuk kanak-kanak dan $105 untuk dewasa.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.kintsugiartstudio.com.

BACA SIRI BUKU ‘DIARY OF A RICH KID’

Robin, anak seorang jutawan, mengelilingi dunia dan ada kalanya melakukan kegiatan istimewa seperti mengadakan ekspedisi ke bulan.

Bapanya telah membelikan pesawat angkasa lepas untuk digunakannya pada masa lapang dan juga sebuah pulau privet di utara Sarawak untuk membina landasan yang diperlukan bagi melancarkan pesawatnya.

Ini merupakan premis ‘Lost In Space’, buku keempat dalam siri ‘Diary Of A Rich Kid’ oleh penulis seberang Tambak, Encik Malcolm Mejin.

Encik Mejin, 37 tahun, telah menerbitkan sendiri bukunya, sebelum syarikat penerbit Penguin Random House melancarkan karya barunya.

Beliau berkata pengembaraan masa lalu telah memberikannya ilham bagi siri tersebut, yang disyorkan untuk pembaca yang berusia lapan tahun ke atas.

Melalui ekspedisi ruang angkasa Robin, yang tidak berjalan lancar sepertimana yang dirancang, mesej cerita tersebut adalah untuk menunjukkan bagaimana masa-masa mencabar tetap akan berlalu.

Setiap salinan buku tersebut berharga $14.90 dan dijual di kedai buku utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >