Topik diikuti
Pergi ke BHkuNegara miskin semakin dibelenggu hutang
Apr 6, 2021 | 5:30 AM
Negara miskin semakin dibelenggu hutang
SETAHUN selepas berlaku pandemik Covid-19 negara-negara miskin dunia kini terbeban dengan belenggu hutang yang menjadi keprihatinan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sehinggakan Setiausaha Agungnya, Encik Antonio Guterres, menggesa supaya pelepasan hutang yang lebih besar dan pembiayaan kreatif baharu dilakukan bagi membantu negara miskin menangani pandemik Covid-19 serta memastikan pemulihan ekonomi mereka tidak ketinggalan.