Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

"Nenek Keropok" muncul kembali - dengan satu harapan...

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



VIDEO "Nenek Keropok' meraih perhatian ramai sejak bermulanya Ramadan.



Ia diolah daripada sebuah kisah benar seorang penerima zakat yang menghadapi masalah mental, dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat.



Pengurus Dana Masyarakat, Majlis Ugama Islam Singapura, Encik Toy-yib Hurairi, berkata video itu mula disiarkan pada 1 Ramadan di semua wadah media sosial zakat.sg - Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.



Sehingga semalam, tontonan di YouTube mencecah 194,333 tontonan dalam video sepanjang 4 min 50 saat itu.



Encik Toy-yib berkata tujuan utama video tersebut ialah untuk mengetengahkan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh ramai penerima Zakat.



"Dalam video ini, kami menampil isu kesihatan mental, satu isu yang semakin ketara dalam kalangan penerima Zakat, namun kurang mendapat perhatian umum.



"Ia diolah daripada sebuah kisah benar seorang penerima Zakat. Kami berharap dengan adanya video seperti yang dihasilkan ini, kesedaran tentang gejala kesihatan mental dapat dipertingkatkan agar masyarakat menjadi semakin peka akan isu itu dan mengambil langkah-langkah dan memberi sokongan yang sewajarnya."



Demi menarik minat penonton, Encik Toy-yib berkata diselitkan elemen komedi serta kisah 'nenek keropok' di awal video.



Kisah 'nenek keropok' mengetuk pintu-pintu rumah menjual keropok pernah tersebar dan menimbulkan kekecohan. Kononnya, jika penghuni rumah tidak beli keropok, nenek itu akan melepaskan makhluk halus mengganggu rumah berkenaan, membuat ramai yang tidak berani buka pintu apabila diketuk.



Mengenai video 'Nenek Keropok' dalam kempen zakat ini, Encik Toy-yib berkata beliau bersyukur kerana masyarakat mampu melihat intipati kandungan video tersebut.



"Ini jelas kelihatan menerusi komen-komen positif yang diberikan baik di dalam mahupun di luar talian.



"Kami harap video ini juga dapat melahirkan rasa empati dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang dipinggirkan dan sekali gus dapat mendorong lebih ramai untuk tampil ke hadapan menghulurkan bantuan tidak kira dari segi sumbangan wang zakat mahupun tenaga dengan menjadi sukarelawan atau pendamping buat warga emas ini."



Sejak beberapa tahun lalu, unit Zakat telah mula menghasilkan video-video filem singkat bagi menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu yang dihadapi para penerima Zakat.



Selain isu kewangan, ramai penerima Zakat berdepan dengan berbagai dugaan kehidupan seperti penyakit kronik, masalah kesihatan lain serta menampung anggota keluarga yang kurang upaya.



"Setiap seorang daripada mereka berdepan dengan keadaan yang berbeza, namun apa yang pasti, video-video seperti ini - yang sebahagian besarnya dihasilkan berdasarkan kisah sebenar - mampu mengetengahkan isu-isu tersebut dengan cara yang kreatif bagi menarik perhatian umum tentang pentingnya Zakat sebagai salah sebuah perata sosial dan jaminan Allah swt bagi mengatasi masalah kepincangan masyarakat Islam," kata Encik Toy-yib.



Video tersebut dihasilkan sepanjang dua hari di estet perumahan Jalan Batu.



Majlis Ugama Islam Singapira (Muis) bekerjasama dengan bakat-bakat tempatan yang terpanggil untuk menyumbang usaha meningkat kesedaran masyarakat tentang rukun Islam yang ketiga ini.



Video ini diarahkan oleh Sufyan Sam'an, dan lagu asal filem singkat ini yang berjudul "Hingga Menutup Mata" pula diciptakan dan dinyanyikan oleh Amni Musfirah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >