Niaga terjejas lebih teruk semasa sekatan terbaru berbanding CB
Premium
Niaga terjejas lebih teruk semasa sekatan terbaru berbanding CB
Jun 14, 2021 | 5:30 AM
PERNIAGAAN TERJEJAS: Pemilik Padi@Bussorah, Encik Hashim Ali, berkata perniagaannya merosot 80 peratus semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat). Meskipun restoran itu memanfaatkan khidmat penghantaran, ia tidak dapat mengatasi kemerosotan secara keseluruhannya. - Foto BH oleh KEVIN LIM -
SEMASA tempoh Pemutus Litar (CB) tahun lalu, perniagaan restoran Padi@Bussorah tetap rancak, dengan ramai yang menempah dan menggunakan khidmat penghantaran.
Namun, keadaannya semasa sekatan terbaru di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), atau Fasa Dua (HA), tahun ini lebih teruk, kata pemilik restoran nasi ambeng itu, Encik Hashim Ali, yang menyatakan perniagaan merosot sekitar 80 peratus.

