GreaThai turut sediakan makanan ringan seperti bubur ikan dan bubur ayam Thai
Apr 10, 2016 | 5:30 AM
RINGAN LAGI BERKHASIAT: Jika anda ke Restoran GreaThai ini, cubalah hidangan bubur ikan Thai yang disajikan bersama sos istimewa campuran sos ikan Thai, halia dan cuka. Ia cukup enak. -
BENAR-BENAR ENAK: Kakitangan GreaThai sedia melayan anda. Mereka ialah (dari kiri) pengurusnya, Encik Ben Lim; Ketua Cef, Cik Saengrueangrong Jilekho; Pengarah Encik Daryl Chin; Cik Saengrueangrong Chanakan dan Cik Thatipha Lim. -
RASA ASLI THAI: Pelbagai hidangan yang disediakan cef dari Thailand menanti pelanggan yang menjamu selera di cawangan terbaru GreaThai di 413 River Valley Road. - Foto-foto M.O. SALLEH -
KEPEDASANNYA MEMANG TERASA: Sepinggan 'Thai Fire Spaghetti' ini menggunakan lebih lima batang cili padi merah. Ini tidak termasuk lada merah biasa yang dihiris sebagai hiasan. Memang sesuai untuk mereka yang 'kaki pedas'. -

DERETAN restoran makanan yang bersijil halal sudah bertambah di River Valley Road - kawasan yang dipenuhi kondominium mewah dengan penduduk ekspatriat daripada pelbagai negara tetapi menjadi tumpuan anak muda menjamu selera di waktu malam.
Selepas restoran Spize, Al Afrose yang berkonsep kedai kopi, kedai roti dan kek Breadwerks serta IndoChili Indonesian di Zion Road yang berdekatan, kini muncul pula restoran Thai, GreaThai, di sini.