Soalan: Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan risiko demensia?
Jawapan: Tidak ada cara yang pasti untuk mencegah demensia, tetapi kita tahu beberapa faktor tentang risiko demensia, dan ini dapat diatasi.
Faktor risiko ini sama seperti penyakit kardiovaskular (seperti penyakit jantung dan strok).
Dengan menjalani gaya hidup sihat dan melakukan senaman secara teratur, anda akan menurunkan risiko penyakit ini, dan kemungkinan anda juga akan menurunkan risiko demensia.
Untuk meningkatkan kesihatan anda:
Kajian menunjukkan bahawa sangat penting untuk menjaga kesihatan di pertengahan usia bagi membantu mengurangkan risiko mengalami demensia.
Soalan: Selain menjaga kesihatan, apa yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan kecergasan otak?
Jawapan: Sedang usia anda meningkat, penting untuk menjaga diri anda agar kekal aktif dan terlibat secara mental.
Sedikit perubahan dalam aktiviti rutin yang lain dapat membuat anda berfikir dengan cara yang berbeza.
Berikut adalah beberapa cara untuk mencabar minda anda:
Soalan: Bagaimana saya boleh dapatkan diagnosis?
Jawapan: Mulakan dengan membincangkan masalah anda dengan doktor anda, atau hubungi hospital terdekat.
Sumber: Laman web Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA) www.alz.org.sg.
ADA SOALAN TENTANG DEMENSIA?
ANDA mempunyai soalan tentang demensia atau isu berkaitan penuaan? Atau anda sekadar ingin berkongsi kisah atau pengalaman mengenai isu ini? Sila hantar soalan dan maklumat kepada Natasha Mustafa di e-mel nmustafa@sph.com.sg. Soalan akan dirujuk kepada pakar bagi jawapannya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg