PENYELIDIK dari Lembaga Taman Negara (NParks) tidak lama lagi akan mengkaji laluan penghijrahan burung pantai bersaiz lebih kecil yang melalui Singapura, satu pencapaian sukar yang kini telah dibolehkan melalui penggunaan alat pengesan yang lebih ringan dan lebih tepat.
Peranti pengesan satelit ini, yang dipasang pada burung pantai seperti beg galas kecil, direka untuk menjejaki lokasi mereka dalam masa nyata dengan menghantar isyarat kepada satelit di orbit rendah.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg