Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Orang awam boleh beri maklum balas tentang monumen yang diusul

Usul warta Fort Siloso tanda kali pertama beberapa struktur di sebuah tapak dijadikan monumen Sebanyak 73 monumen di serata Singapura telah diwartakan untuk dipulihara, dan Fort Siloso di pulau peranginan Sentosa bakal dimasukkan ke dalam senarai itu. Tapak bersejarah itu akan dikemukakan bagi diwartakan sebagai monumen negara.
Jan 20, 2022 | 5:30 AM
PELIHARA KEWIBAWAAN SEJARAH TAPAK: Sebuah meriam Mark VIII 6 inci BL dipamer di Fort Siloso di Sentosa. Pemeliharaan kolektif struktur-struktur di tapak itu dan landskapnya dianggap penting bagi memelihara kewibawaan sejarah tapak itu. - Foto BH oleh DESMOND FOO
PELIHARA KEWIBAWAAN SEJARAH TAPAK: Sebuah meriam Mark VIII 6 inci BL dipamer di Fort Siloso di Sentosa. Pemeliharaan kolektif struktur-struktur di tapak itu dan landskapnya dianggap penting bagi memelihara kewibawaan sejarah tapak itu. - Foto BH oleh DESMOND FOO -

LEMBAGA Warisan Kebangsaan (NHB) sedang mendapatkan maklum balas orang ramai dalam proses mewartakan monumen, sebagai respons kepada permintaan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) warisan.

Mengatakan demikian, Timbalan Ketua Eksekutif dasar dan masyarakat NHB, Encik Alvin Tan, berkata membolehkan orang awam memberi maklum balas tentang monumen negara yang diusul mencerminkan usaha lembaga itu untuk bersifat lebih konsultatif.

Beliau berkata demikian ketika mengulas selepas pengumuman NHB kelmarin bahawa Fort Siloso di pulau Sentosa akan diusul diwartakan sebagai monumen negara.

Ini menyusuli pindaan ke atas Akta Pemuliharaan Monumen tahun lalu bagi meluaskan definisi 'monumen' untuk merangkumi 'tapak', yang termasuk ruang terbuka dan perairan pedalaman.

Menurut NHB, Fort Siloso, yang dibina pada 1878, adalah kubu abad ke-19 yang paling terpelihara di Singapura, dan merupakan tapak penting bagi menandakan tahun-tahun peperangan di negara ini.

Kubu itu menjadi tarikan pelancong sejak 1975.

Pengarah divisyen Pemuliharaan Tapak dan Monumen NHB, Cik Jean Wee, berkata perbincangan dengan Perbadanan Pembangunan Sentosa, yang menguruskan Fort Siloso, sedang dijalankan untuk memuktamadkan sempadan sebenar tapak yang akan diwartakan.

Cik Tan berkata NHB berharap dapat mewartakan Fort Siloso sebagai sebuah monumen bulan depan, dan NGO warisan dimaklumkan tentang rancangan NHB bagi Fort Siloso Isnin lalu.

Presiden Majlis Antarabangsa mengenai Monumen dan Tapak Singapura, Dr Yeo Kang Shua, berkata pewartaan akan datang Fort Siloso akan menandakan kali pertama beberapa struktur dalam konteks atau tapak lebih besar diiktiraf sebagai monumen.

"Pemeliharaan kolektif struktur-struktur ini dan landskap mereka adalah penting untuk memelihara kewibawaan sejarah tapak itu," ujarnya.

Dr Yeo berkata beliau berharap pihak berkuasa dapat menimbangkan langkah melindungi kubu tentera lain di Sentosa dan serata Singapura, kerana ia semua secara kolektif menceritakan kisah pertahanan pantai Singapura yang bersejarah.

Presiden Persatuan Warisan Singapura, Encik Jack Lee, menambah bahawa tidak ada banyak peringatan fizikal tentang sejarah Perang Dunia Kedua Singapura yang tinggal, dan oleh itu persatuan tersebut berasa patut memberi perlindungan lebih tinggi kepada yang masih ada.

Monumen negara terakhir Singapura yang diwartakan ialah Jambatan Elgin, Anderson dan Cavenagh, yang dilindungi sebagai satu set pada Oktober 2019. Ia menjadikan monumen negara di sini berjumlah 73 sekarang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg