PROFESOR Fong Kok Yong telah membantu memantau operasi kemudahan penjagaan masyarakat bagi memastikan pesakit Covid-19 dijaga dengan baik dalam pandemik Covid-19 ini.

Beliau, yang merupakan timbalan ketua eksekutif kumpulan khidmat perubatan dan klinikal SingHealth, juga membantu menilai vaksin Covid-19 sebelum dilaksanakan di Singapura.