Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMBUKA LEMBARAN BARU

Anak buat penagih tekad berubah...kini tenang kerja di klinik

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



SETELAH pemergian neneknya, beliau jatuh ke lembah kemurungan sehingga beberapa kali cuba bunuh diri.



Justeru, 'Cik Nur' (bukan nama sebenar), bekerja siang malam untuk mengalih perhatiannya tetapi dari situ jugalah beliau diperkenalkan oleh rakannya dengan methamphatemine atau 'Ice'.



Sangkanya dadah dapat membuat perasaannya menjadi kaku dan 'ubat' jiwanya yang tidak tenteram. Sebaliknya, dadah menjadi 'racun' yang membuatnya semakin tersasar dalam dunia yang gelap.



Pada 2008, beliau ditangkap dan dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah (DRC), tetapi sebaik sahaja tamat pemantauan air kencing, 'Cik Nur' terus kembali kepada kegiatan lamanya itu.



"Semua rakan di sekeliling saya ialah penagih dadah. Jadi ke mana jua saya pergi, ada dadah," ujar wanita berusia 34 tahun itu terus terang.



Dari 2008 hingga 2018, 'Cik Nur' terus menyalahguna dadah dan hanya berhenti apabila mengandung anak-anaknya.



Hanya apabila meringkuk di penjara buat kali kedua, muncul kesedaran yang membuka matanya.



"Saya ada anak, jadi saya terfikir, tak kan saya nak terus begini? Jadi saya pun buat keputusan mahu berubah. Apabila saya keluar nanti, pastikan saya tak ada langsung kawan yang ambil dadah. Cari kawan baru," cerita ibu tiga anak itu.



Kesal kerana sudah kehilangan waktu dalam tahun-tahun anaknya membesar, 'Cik Nur' bertekad mahu memastikan tidak terlepas lebih banyak waktu untuk mempererat hubungan bersama anak-anaknya.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, 'Cik Nur' meluahkan kesyukuran atas keadaan hidupnya sekarang di mana beliau mempunyai pekerjaan stabil yang memberinya sekitaran yang positif.



Pegawai perkhidmatan pelanggan di klinik pergigian Angels & Co. itu berkata:



"Apabila saya kerja di sini, tak ada seorang pun rakan kerja yang memandang rendah (judge) pada saya. Apabila saya mempunyai 'tag' di kaki saya, mereka tidak memandang serong. Mereka ingin tahu lebih lanjut dan saya terbuka untuk berkongsi. Mereka malah memberi sokongan."



Beliau menambah bahawa sokongan sebegini amat penting memandangkan beliau meluangkan kebanyakan masanya di tempat kerja.



Majikan wanita itu, Dr Melvin Chia, berkata usaha ini tidak boleh bertepuk sebelah tangan.



"Jika bekas pesalah mahu berubah dan masyarakat tidak memberi mereka peluang, ia akan mendorong mereka untuk kembali kepada cara lama mereka. Kebanyakan daripada mereka jika anda tidak memberikan pekerjaan dan pendapatan yang stabil...anda 'memaksa' mereka untuk kembali dengan cara lama untuk hidup," ujarnya.



Dr Chia menambah bahawa suasana kerja perlu kondusif dan rakan kerja perlu menghapuskan prasangka dan anggap golongan ini seperti orang biasa.



Merumus pengalaman hidupnya, 'Cik Nur', yang dibebaskan dari penjara dua tahun lalu, berharap orang lain tidak meniti perjalanan yang dilaluinya.



Beliau menambah:



"Jika anda benar-benar tetapkan sepenuh hati untuk berubah, anda akan berubah, tetapi kalau hati itu tidak tetap, sukar mahu berubah."




PANDANGAN MAJIKAN



"Jika bekas pesalah mahu berubah dan masyarakat tidak memberi mereka peluang, ia akan mendorong mereka untuk kembali kepada cara lama mereka. Kebanyakan daripada mereka jika anda tidak memberikan pekerjaan dan pendapatan yang stabil...anda 'memaksa' mereka untuk kembali dengan cara lama untuk hidup.''



- Dr Melvin Chia majikan 'Cik Nur'.



PANDANGAN BEKAS PENAGIH 



"Apabila saya kerja di sini, tak ada seorang pun rakan kerja yang memandang rendah (judge) pada saya. Apabila saya mempunyai 'tag' di kaki saya, mereka tidak memandang serong. Mereka ingin tahu lebih lanjut dan saya terbuka untuk berkongsi. Mereka malah memberi sokongan."



- 'Cik Nur'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >