Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pandemik bantu usahawan kembang niaga dengan jualan ‘live’ di luar negara

Apr 07, 2024 | 05:33 AM



Bagi sesetengah perniagaan, wabak Covid-19 merupakan sesuatu yang menghambat operasi mereka.

Namun, tidak pula bagi Cik Marziani Mohd Jalil, 39 tahun.

Pengasas perniagaan busana Muslimah, Mayfifth.sg, mula berjinak-jinak menjalankan perniagaannya melalui kaedah penstriman langsung atau ‘live stream’ dari luar negara pada 2021 apabila sekatan dilonggarkan.

‘Live stream’ merujuk kepada kaedah membuat liputan video dan audio secara langsung melalui Internet.

Dalam perniagaan dalam talian pula, ia bermaksud kegiatan menjual secara langsung menggunakan media sosial atau wadah niaga lain.

Beliau sudah berkecimpung dalam bidang itu sejak 2014 secara kecil-kecilan di media sosial dan mula melakukan penjualan penstriman langsung di Singapura sejak 2017.

“Pada awalnya, saya mulakan perniagaan ini hanya untuk menambah pendapatan.

“Tetapi selepas melahirkan anak bongsu saya pada 2017, saya melakukannya sepenuh masa selepas sesuatu terjadi kepada perniagaan suami saya.

“Disebabkan pandemik Covid-19, cara orang berbelanja juga berubah. Jadi pada tempoh itu, saya mengembangkan perniagaan ini,” kata ibu kepada enam orang anak berusia antara tujuh dengan 19 tahun itu.

Penjualan penstriman langsung yang pertama kali beliau lakukan adalah dari Kuala Lumpur pada skala kecil, memandangkan beliau ke sana bersama suami dan anak-anaknya pada waktu itu.

“Pertama kali membuat ‘live stream’ di sana, saya membeli pakaian seperti pakaian Muslimah dan pakaian seharian wanita seperti baju dan seluar.

“Kami kemudian akan membawa pulang pakaian yang telah dibeli ke bilik hotel dan melakukan jualan secara ‘live’ di Facebook,” jelas Cik Marziani.

Beliau menambah pakaian yang tidak terjual kemudian akan dibawa pulang ke Singapura.

Antara tempat yang telah Cik Marziani dan pasukannya kunjungi untuk menjalankan perniagaannya secara ‘live’ termasuk Kuala Lumpur, Jakarta dan Timur Tengah.

Jika sebelum ini beliau membeli pakaian dari luar negara lalu mengendalikan penjualan penstriman langsung dari bilik hotel, baru-baru ini, beliau memutuskan untuk menjual secara langsung dari kedai itu sendiri.

Ketika itu, beliau bersama suami dan kakitangannya berkesempatan ke Dubai lalu menjual abaya secara ‘live’ dari kedai itu sendiri.

Koleksi pakaian itu kemudian dihantar kepada pelanggan sempena musim perayaan Aidilfitri.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk membuat jualan ‘live’ di luar negara, Cik Marziani berkata terdapat sambutan lebih menggalakkan berbanding dengan melakukannya di Singapura sahaja.

Ini dapat dilihat daripada jumlah yang menonton dan yang membeli.

Abaya yang dijual pada sesi ‘live’ berharga antara $75 dengan $95.

Beliau menerangkan mereka cuba menjual abaya itu pada harga yang sederhana di samping menawarkan skim pembayaran secara ansuran.

“Kami cuba menjualnya pada harga yang mampu dimiliki, dan dengan skim ansuran juga, pembeli boleh mendapatkan lebih banyak abaya ini.”

Pelanggannya – yang terdiri daripada wanita daripada pelbagai latar belakang, dari usia 20-an tahun sehingga mereka yang sudah bergelar nenek –  secara purata akan membeli tiga helai abaya pada satu sesi ‘live’.

Namun, melakukan jualan secara ‘live’ tentunya datang dengan cabaran tersendiri.

Perbezaan waktu merupakan sesuatu yang paling ketara apabila menjalan sesi ini sedemikian.

Maka Cik Marziani harus menyesuaikan sesi jualan ‘live’ yang dilakukannya mengikut waktu di Singapura, supaya lebih ramai pelanggan dapat menontonnya.

Selain itu, melakukan sesi ‘live’ di luar negara juga bermakna beliau perlu mengeluarkan kos tambahan seperti tiket pesawat, kos penginapan, keperluan harian seperti makanan serta kos penghantaran kargo ke Singapura.

Namun, Cik Marziani menyifatkan ia sebagai langkah amat berbaloi, kerana terdapat kenaikan sebanyak 50 peratus di dalam perniagaannya.

Cik Marziani turut akui tidak mudah menjalankan perniagaan sedemikian, namun berkat kesungguhannya dan juga sokongan daripada para pelanggan, beliau kekal bersemangat untuk meneruskan perniagaan ini.

Beliau dan pasukannya juga sedang merancang untuk melakukan sesi jualan ‘live’ ke negara lain seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >