Premium
Pantau maklumat kereta menerusi myAudi
Oct 26, 2020 | 5:30 AM
PAPARAN MAKLUMAT: Pemilik kereta Audi kini boleh mendapatkan pelbagai maklumat tanpa memasuki kereta. - Foto AUDI -
AUDI juga menawarkan khidmat perhubungan kereta dengan telefon bijak. Pemandu boleh menggunakan aplikasi myAudi connect untuk pelbagai kemudahan seperti mengunci pintu kereta dari jauh. Adakala setelah jauh meninggalkan kereta anda mungkin tertanya diri sama ada pintu kereta sudah dikunci atau belum - dengan aplikasi ini, anda bukan hanya boleh memeriksa kereta sudah dikunci bahkan memeriksa jika tingkap, bonet atau but sudah ditutup.
Turut tertera dalam aplikasi itu ialah maklumat penting mengenai kenderaan misalnya baki minyak petrol, jarak perjalanan dan tahap minyak enjin.

