Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

RENUNGAN JUMAAT

Pegawai perhubungan, pemasaran pertama masjid ghairah hadapi cabaran

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI pegawai perhubungan dan pemasaran pertama bagi Masjid Hang Jebat, Ustaz Muhammad Suhaili Hilmi Mohamad Sirat mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat.



Beliau ditugaskan menguruskan media sosial masjid itu dan menghasilkan poster bagi mempromosikan program dan kegiatan masjid tersebut.



Beliau juga merupakan jurugambar masjid itu dengan tugas menyunting gambar dan memuat naiknya ke media sosial.



"Apabila diberi kerja ini dan mendapat tahu bahawa saya pegawai perhubungan dan pemasaran pertama masjid ini, saya rasa gementar juga kerana saya seorang sahaja yang akan menguruskan media sosial masjid dan menghasilkan poster.



"Saya perlu berhubungan dengan asatizah tentang program yang akan diadakan. Tapi saya ambil cabaran ini supaya saya dapat memperbaiki diri saya dan membantu masjid," kata Ustaz Suhaili, 25 tahun.



Lulusan ijazah sarjana muda dalam sastera dan bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar itu diberi peluang bekerja di Masjid Hang Jebat sebagai intern di bawah program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).



Program PCICS antara lain bertujuan memberi konteks pengamalan Islam di Singapura dan menambah keupayaan asatizah dalam bidang di luar sektor agama.



Ustaz Suhaili telah mengikuti program satu tahun itu sejak Oktober lalu setelah selesai pengajian di Mesir pada Julai lalu.



Beliau menerangkan bahawa peserta PCICS dibenarkan mencuba pekerjaan sebagai intern dalam bidang yang diminati, dan baginya, beliau memilih bidang perhubungan dan pemasaran berdasarkan pengalamannya sebelum ini.



Semasa di Mesir dahulu, beliau menganggotai unit multimedia dalam Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir (Perkemas) dan terlibat dalam pemasaran digital persatuan itu.



"Kami menguar-uarkan acara akan datang untuk pelajar melalui poster. Semasa acara itu, kami mengambil gambar dan memuat naiknya ke media sosial.



"Dari situ saya meraih pengalaman dan kemahiran mengambil dan menyunting gambar dan video," kata Ustaz Suhaili.



Sepanjang dua bulan di Masjid Hang Jebat, Ustaz Suhaili telah mengaktifkan kembali laman Facebook masjid itu dengan memuat naik poster yang beliau hasilkan tentang kuliah zohor dan program seperti kelas fardhu ain.



Beliau turut mengambil gambar kegiatan dalam masjid dan mengongsinya di Facebook.



Selain itu, Ustaz Suhaili berpeluang mengunjungi gereja dan penduduk di estet berdekatan sebelum Hari Krismas untuk saling mengenali satu sama lain.



Beliau juga diberi peluang menjadi imam bagi solat berjemaah yang diadakan di Masjid Hang Jebat, selain menjadi khatib.



Kini beliau merancang membuka akaun Instagram untuk Masjid Hang Jebat dan seterusnya sebuah laman web.



"Dalam era digital hari ini, penting untuk masjid mempunyai kehadiran media sosial dan akaun-akaun yang aktif.



"Media sosial kini telah menjadi sumber maklumat yang utama jadi adalah sangat penting untuk masjid memastikan mereka berada di tahap yang sama dengan standard zaman ini," kata Ustaz Suhaili.



"Saya gembira diberi peluang menguar-uarkan masjid ini. Saya sedar bahawa apa saya lakukan akan mempunyai kesan kepada pembangunan Masjid Hang Jebat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >