Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelajar bincang isu pekerja platform dalam dialog Belanjawan
Lebih 150 orang telah menghadiri satu sesi dialog anjuran rangkaian M Kuasa Tiga (M³) di Wisma Geylang Serai baru-baru ini yang mengupas isu-isu tertentu menyusuli pembentangan Belanjawan 2023. Hadirin yang terdiri daripada pemimpin akar umbi, relawan, ahli pertubuhan masyarakat Melayu/Islam dan juga belia diundang untuk menyuarakan keprihatinan mereka semasa sesi itu. Berikut perkongsian pandangan beberapa hadirin yang ditemui BERITA HARIAN semasa sesi dialog itu dan bagaimana reaksi mereka terhadap bantuan yang ditawar pemerintah dalam Belanjawan 2023.

SERTAI PERBINCANGAN: Wakil belia rangkaian relawan IM Volunteers Network SG (dari kiri) pelajar PSB Academy, Encik Syahrul Azali; pelajar Nitec, Cik Suria Insyirah Suparj; pelajar Politeknik Singapura, Encik Firaz Hilman dan pelajar Politeknik Republik, Encik Muhammad Ilyas, menyertai dialog pasca belanjawan anjuran M³. - Foto-foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
Mar 8, 2023 | 5:30 AM
Pelajar bincang isu pekerja platform dalam dialog Belanjawan
MEREKA merupakan pelajar yang berhasrat membina kemahiran masing-masing sewaktu di sekolah agar dapat menjamin masa depan dan menyertai pekerjaan baik selepas lulus.
Namun mereka juga tidak menolak peluang bekerja sebagai pekerja platform agar dapat mencapai kebebasan kewangan pada usia muda.