Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pelajar Madrasah Al-Arabiah cemerlang GCE 'O'

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



BERAKIT-RAKIT ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.



Meskipun pelbagai cabaran ekoran pandemik Covid-19 memaksa Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) mengubah rentak pengajiannya, hasilnya membuktikan semua itu tidak menjejas prestasi pelajarnya sama sekali.



Ini disaksikan apabila pelajar MAI yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu meraih markah yang dapat dibanggakan.



Malah, pelajarnya Luqman Jun'en Mohammad Sa'ad menjadi pelajar madrasah sepenuh masa terbaik di Singapura dengan mendapat lapan kepujian.



Luqman Jun'en, 16 tahun, berkata keputusannya "mencerminkan tahap pendidikan tinggi yang saya dan rakan-rakan terima daripada para guru dan asatizah kami di MAI."



Beliau, yang tidak menjangka keputusan baik itu, menambah:



"Madrasah ini ibarat rumah saya dan di sinilah saya dan rakan-rakan saya dididik menjadi insan. Susah senang, kami sering bersatu dan bersama," kata Luqman.



Keputusan GCE peringkat 'O' itu diumum pada 11 Januari. Secara keseluruhan, 85.4 peratus kohort pelajar Singapura yang menduduki peperiksaan itu meraih lima kelulusan atau lebih - bertambah daripada 85.2 peratus yang dicapai pada 2019.



Pencapaian lebih baik itu dicapai meskipun pelajar menduduki peperiksaan tersebut di tengah-tengah pandemik global Covid-19.



Seorang lagi pelajar MAI yang meraih markah cemerlang - enam kepujuian - ialah Ahmad An-Nafees Mohd Najib, 16 tahun.



"Kejayaan yang saya kecapi ini, selain hasil dorongan ibu bapa saya, adalah berkat doa dan bantuan berterusan yang saya terima daripada guru-guru dan kawan-kawan.



"Mereka banyak memberi semangat kepada saya walaupun ada masanya saya rasa sukar akibat tekanan agar berjaya," ujar Ahmad An-Nafees.



Kedua-dua pelajar MAI itu pengawas di sekolah dan sering dilihat meluangkan masa bersama pelajar berkebolehan lain, serta membantu dan membimbing rakan sekelas dalam pelajaran mereka.



Pengetua MAI, Encik Herman Cher Main, berkata usaha murni Luqman Jun'en dan Ahmad An-Nafees itu mencerminkan amalan teras madrasah tersebut memupuk semangat ukhuwah dan saling bantu dalam diri pelajarnya, untuk sama-sama mencapai kejayaan dalam pelajaran, lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 yang mencabar ini.



"Sifat murni ini sejajar misi madrasah hendak bukan insan bukan berilmu sahaja, bahkan komited dan terdorong untuk berusaha lebih baik demi kebaikan semua.



"Pencapaian Luqman Jun'en dan Ahmad An-Nafees ternyata mencetus rasa syukur dalam kalangan pelajar, guru dan asatizah MAI," kata Encik Herman.



Tahun ini penuh bermakna bagi MAI kerana ia menyambut ulang tahunnya ke-75 - sejak pendaftarannya di bawah Akta Pendidikan Singapura pada 9 Ogos 1946, walaupun ia dipercayai wujud lebih awal dari itu, iaitu pada awal 1930an.



"MAI telah wujud buat sekian lama dan banyak melahirkan pelajar cemerlang dan akan meneruskan misi murni melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang seperti Luqman Jun'en dan Ahmad An-Nafees pada masa depan," kata Encik Herman.



  • Penulis guru Bahasa Melayu Lanjutan di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah.


Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah alu-alu sokongan



BAGI memastikan Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) - yang amat bergantung pada sumbangan masyarakat - dapat terus maju, Pengetua Herman Cher Main dan seluruh warga kerja MAI mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin menyokong usaha MAI boleh melakukannya menerusi cara berikut:



- Kirimkan cek atas nama 'Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah'. Tuliskan nama dan nombor telefon di belakang cek untuk madrasah sampaikan salinan resit derma;



- Lakukan pemindahan wang ke akaun OCBC 591-10703-2001. Kirimkan nama, alamat dan nombor telefon anda ke admin@mai.edu.sg untuk madrasah sampaikan salinan resit derma;



- Derma di kaunter madrasah di 3 Lorong 6, Toa Payoh, Singapura 319378



- Derma menerusi PayNow di aplikasi perbankan mengguna Nombor UEN T08GB0028LMAI.



- Telefon 6744-4749 atau Whatsapp ke 8474-7000 untuk pengambilan derma di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >