Pelajar NTU ketuai kumpulan perkasa belia dalam isu biodiversiti
Premium
Pelajar NTU ketuai kumpulan perkasa belia dalam isu biodiversiti
Nov 28, 2022 | 5:30 AM
INGIN TINGKAT KESEDARAN: Encik Nasry (berbaju hitam) ingin lebih ramai warga Singapura sedar akan kewujudan biodiversiti di Singapura dan bertindak bagi memelihara alam sekitar melalui program 'green walk' yang dianjurkan SYVB. - Foto ihsan ENCIK MUHAMMAD NASRY ABDUL NASIR -
DOKUMENTARI yang ditonton semasa kecil menjadi pencetus minat terhadap biodiversiti yang merangkumi pelbagai jenis tumbuhan, haiwan serta habitat unik mereka.
Sejak itu, Encik Muhammad Nasry Abdul Nasir, 23 tahun, memutuskan bahawa satu hari nanti beliau akan ke luar negara untuk mendalami 'rahsia' alam semula jadi dan menyumbang kepada usaha memelihara biodiversiti dunia.

