Pelajar siapkan model ruang aktiviti bolehkan warga muda, emas berinteraksi
Premium
Pelajar siapkan model ruang aktiviti bolehkan warga muda, emas berinteraksi
Oct 2, 2021 | 5:30 AM
IDEA LEBIH INKLUSIF BAGI WARGA EMAS: (Dari kiri) Pelajar Sekolah Rendah Yumin, Fadiah Nabilah, Aria Gobindram, Aslam Syariq dan Janelle Tan bersama model ciptaan mereka iaitu sebuah ruang kegiatan serba guna bagi warga emas yang dinamakan 'Kelab Kekal Muda'. - Foto: FRASERS PROPERTY -
SEDANG pelajar lain bercuti semasa cuti sekolah seminggu bulan lalu, Fadiah Nabilah Yusof, 11 tahun, bersama tiga rakan sekolahnya sibuk menghabiskan model berbentuk sebuah ruang aktiviti serba guna yang mesra warga emas untuk satu pertandingan mencipta idea hartanah lebih inklusif buat orang tua.
Beliau bersama tiga anggota kumpulannya dari Sekolah Rendah Yumin itu perlu menghabiskan model tersebut dengan masing-masing membina sebuah pentas, sudut bagi menjaga kanak-kanak dan lain-lain lagi.


