Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Nenek giat berkebun turut aktif di MAEC

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN sebayanya mungkin lebih selesa menghabiskan masa berehat di rumah.



Namun Cik Siti Aminah Ahmad, 70 tahun, lebih suka berada di kebun sebagai satu cara mengisi masa lapang.



Lebih tiga kali seminggu, dengan setiap sesi selama tiga jam, nenek sembilan cucu itu akan menanam, menuai dan membersihkan kawasan kebun di Woodlands Active Farm sejak dua tahun lalu.



Biar pun berusia lanjut, Cik Siti Aminah masih ligat dan cergas berkebun tanpa banyak masalah pada sendi-sendinya.



Menceritakan pengalamannya, ibu tiga anak itu berkata:



"Saya rasa gembira sekali setiap kali dapat ke kebun ini sebab dapat bertemu rakan-rakan seangkatan usia yang lain dan mempunyai minat yang sama.



"Padahal semasa muda, saya belum pernah menanam minat kegiatan berkebun ini.



"Hanya selepas suami saya meninggal, barulah terdetik dalam hati ini untuk lakukan sesuatu demi mengisi masa lapang dan menjaga kesihatan saya."



Sebelum ini, dia lebih aktif dalam kegiatan senaman termasuk berbasikal, berjalan pantas dan berenang yang dilakukannya bersama rakan-rakannya.



Cik Siti Aminah kemudian menyertai Team Nila, yang merupakan sebuah gerakan kesukarelawanan nasional yang menggalak budaya memberi, kerjasama kewarganegaraan, dan perpaduan sosial.



Penyertaannya itu bukan hanya menggerakkan minda dan tubuh Cik Siti Aminah agar kekal aktif, ia juga memberi peluang untuknya mencuba kegiatan baru yang memerlukan pergerakan fizikal di samping meluaskan rangkaian sosialnya.



Menurutnya antara lain, dia bersama rakan-rakan sukarelawannya akan menanam sawi, selada, kangkong, terung pipit, cili padi dan sayuran lain.



"Tapi yang membuat saya lebih teruja ialah apabila hasil tanaman kami selepas dituai, dapat diberikan kepada golongan yang memerlukan.



"Antara lain, kami menyumbang hasil tanaman sehingga 20 kilogram setiap kali kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan serta masjid, yang membantu golongan seperti warga senja yang memerlukan," katanya yang kerap berbasikal dan berenang.



Tidak cukup dengan kegiatan bercucuk tanam, Cik Siti Aminah yang menetap bersama cucu lelakinya yang berusia 16 tahun di Woodlands Circle, terus melibatkan diri bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dekat kawasan rumahnya dengan menyertai apa jua kegiatan yang dianjurkan.



Baginya dengan menghadirkan diri dalam kegiatan sedemikian memberikan peluang untuk bertemu dengan lebih ramai penduduk, yang merupakan jiran tetangganya, selain peluang untuk terus menggerakkan tubuh.



"Apabila dapat lakukan kegiatan mudah, walaupun seperti kerja membungkus semasa acara berjalan, saya rasa senang dan selesa sekali.



"Cuma semasa pandemik Covid-19 melanda saya perlu hadkan pergerakan dan lebih banyak habiskan masa di rumah.



"Masa itu, saya pantau kesihatan saya dengan lebih baik termasuk menjaga pemakanan dan minuman yang diambil setiap hari.



"Syukur juga saya memang kurang makan sejak usia semakin lanjut.



"Yang pasti selagi saya masih bertenaga dan sihat, dan dengan peluang yang diberi, saya akan terus melibatkan diri dalam kegiatan berkebun ini," katanya yang menghidapi tekanan darah tinggi yang terkawal.



Lungsuri www.ifeelyoung.sg untuk mendapatkan tip-tip tentang bagaimana anda dapat menua dengan baik.




"Saya rasa gembira sekali setiap kali dapat ke kebun ini sebab dapat bertemu rakan-rakan seangkatan usia yang lain dan mempunyai minat yang sama.

Padahal semasa muda, saya belum pernah menanam minat kegiatan berkebun ini.

Hanya selepas suami saya meninggal, barulah terdetik dalam hati ini untuk lakukan sesuatu demi mengisi masa lapang dan menjaga kesihatan saya."

- Cik Siti Aminah Ahmad




PELAN TINDAKAN BAGI PENUAAN AKTIF 



Dilancarkan pada 2015 oleh Jawatankuasa Kementerian mengenai Penuaan (MCA) bagi rancangan masa depan untuk warga Singapura cara menua dengan yakin dan anggun



Pada 2017, Kementerian Kesihatan melancarkan kempen "I Feel Young SG" bagi mempromosi Pelan Tindakan dan menggalak penuaan aktif. Lungsuri http://www.ifeelyoung.sg



Bagi memenuhi keperluan warga emas hari ini dan masa depan, kita mesti terus memberi respons kepada keperluan yang lebih pelbagai, dan menimbangkan persekitaran operasi serta pengajaran daripada Covid-19. Justeru MCA sedang memperkemas kini Pelan Tindakan yang tertumpu kepada:



Jagaan: Bertujuan memperkasa warga senja untuk bertanggungjawab ke atas kesejahteraan fizikal dan mental menerusi program kesihatan pencegahan, penuaan aktif dan khidmat jagaan



Sumbangan: Membolehkan warga emas terus menyumbang pengetahuan dan kepakaran serta kekal berdaya tahan menerusi landskap pembelajaran, kesukarelawanan dan pekerjaan dipertingkatkan



Perhubungan: Menyokong warga emas meniti usia senja dalam sekitaran dibina yang inklusif sambil terus terhubung dengan orang tersayang dan masyarakat, menerusi wadah digital dan rangkaian sokongan yang mempunyai semangat berkampung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >