Pelbagai cabaran namun insan autisme tekad kerja, berdikari
Premium
Pelbagai cabaran namun insan autisme tekad kerja, berdikari
Jul 12, 2022 | 5:30 AM

BERSAMA IBU TERSAYANG: Cik Saedah yakin anaknya, Encik Ahmad Syahmi Suhainy, mampu menjadi lebih berdikari dan mengejar peluang-peluang lebih besar pada masa depan. - Foto BH oleh KHALID BABA -
Walaupun golongan berkeperluan khas mungkin menghadapi cabaran dalam berinteraksi dengan orang lain, mengingati maklumat dan membuat keputusan, mereka tetap berhak bekerja serta menjalani kehidupan berdikari dan bermakna. BERITA HARIAN mewawancara APSN, MINDS dan SG Enable bagi memahami bantuan yang dihulurkan untuk membantu golongan keperluan khas mencari pekerjaan.BH juga mewawancara seorang individu autisme, bagi memahami cabaran yang hadapi di tempat kerja dan bagaimana beliau mengatasinya.
SEJAK kecil, Encik Ahmad Syahmi Suhainy, sering dipinggirkan oleh rakan-rakan sebayanya semata-mata kerana beliau 'berbeza' daripada mereka.

