Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

HIKMAH RAMADAN

Pelbagaikan ibadah bagi peroleh lailatulqadar

Apr 23, 2022 | 06:20 AM



UMAT Islam yang memburu malam istimewa lailatulqadar boleh mencainya dengan mempelbagaikan ibadah.



Ini kerana pengertian ibadah teramat luas dalam Islam, kata Ustazah Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid dalam tazkirah Hikmah Ramadan yang disiarkan radio Warna dan diedar oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



"Kita digalak mencari malam yang istimewa ini dengan mempelbagaikan ibadah walaupun ada halangan tertentu, seperti tidak boleh solat atau beriktikaf di masjid.



"Ini adalah kerana pengertian ibadah amat luas dalam Islam bahkan setiap amal kebaikan yang dilakukan dengan niat murni dikira sebagai ibadah.



"Ibadah ialah sesuatu yang kita laksanakan secara berterusan kerana beribadah adalah tujuan kita dicipta.



"Seperti yang kita sedia maklum, dalam bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Ingin saya mengajak anda semua sama-sama renungkan bagaimana kita dapat mencari lailatulqadar, lebih-lebih lagi dalam konteks kita mengalami keterbatasan seperti sekarang, iaitu kita masih dalam situasi pandemik.



"Jelas bahawa kita dianjurkan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan sebagaimana Nabi saw menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.



"Maka, marilah kita sama-sama mengikut jejak langkah baginda dan menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan beribadah bersungguh-sungguh, pergi ke masjid, beriktikaf, solat tarawih, solat tahajud, membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar dan lain-lain.



Ustazah Siti Nur 'Alaniah, seorang pengurus kandungan dan program di Caliph Consultancy, menukil hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:



"Sesiapa mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan maka akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu."



Ustazah Siti Nur 'Alaniah menjelaskan pastinya ganjarannya amat besar bagi orang yang menghidupkan malam-malam di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah swt agar dapat dihapuskan segala dosa yang pernah dilakukan.



Ini, menurut beliau, sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah As-Sajdah, ayat 15-17 yang bermaksud:



"Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur.



"Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur. Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperoleh lagi keredaannya dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka."



Ustazah Siti Nur 'Alaniah berkata: "Keterbatasan tidak bermakna kita hanya menyerah atau mengeluh dan berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu yang produktif dan beramal soleh, sama ada kita dalam situasi pandemik atau bagi wanita dan orang tua dalam keadaan uzur atau halangan tertentu, mereka juga tidak terlepas daripada meraih peluang kelebihan lailatulqadar."



Beliau menukil firman Allah swt dalam Surah Al-Zariyat yang bermaksud:



"Tidaklah kami menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah."



Ustazah Siti Nur 'Alaniah menambah: "Jadi maksud beribadah perlu dilihat secara luas, tidak terbatas pada sekadar ritual, amalan ritual seperti solat atau puasa sahaja.



"Ibadah juga termasuk mengenal Allah swt mengetahui Asma iaitu nama-nama indah Allah swt serta memahami sifat Allah.



"Mengenal Yang Maha Esa yang mencipta kita dapat membuat kita lebih taat kepada perintahnya.



"Justeru kita akan lebih khusyuk dan ibadah kita juga akan lebih bermakna."




"Keterbatasan tidak bermakna kita hanya menyerah atau mengeluh dan berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu yang produktif dan beramal soleh, sama ada kita dalam situasi pandemik atau bagi wanita dan orang tua dalam keadaan uzur atau halangan tertentu, mereka juga tidak terlepas daripada meraih peluang kelebihan lailatulqadar."
- Ustazah Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >