Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Peluang bimbing keluarga susah pembakar semangat penasihat penjagaan

Jun 16, 2022 | 11:30 AM



Masyarakat Melayu/Islam yang memerlukan bantuan atau nasihat berkaitan dengan hal seperti pekerjaan dan pendidikan, kini lebih mudah berbuat demikian dengan kehadiran 30 penasihat penjagaan di lima pusat satelit Yayasan Mendaki seperti di Jurong, Pasir Ris dan Choa Chu Kang di samping tiga ruang belia di kampus Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Antara skop peranan penasihat penjagaan ialah untuk memastikan masyarakat mendapat pertolongan yang diperlukan atau dihubungkan dengan pihak atau agensi yang dapat menghulurkan bantuan relevan. BH mengetengahkan dua profil penasihat penjagaan dan menyelami pengalaman mereka.



MENYAKSIKAN sendiri bagaimana sesetengah keluarga berusaha membina kehidupan baru selepas ditimpa kesusahan memang cukup memuaskan diri Cik Yasmin Ibrahim.



Apatah lagi, ini dilakukan mereka atas nasihat dan bantuan yang dihulurkan beliau selaku penasihat penjagaan di pejabat satelit Mendaki di Pasir Ris.



Malah, kepuasan ini, di samping minat membantu masyarakat mendorong Cik Yasmin, 25 tahun, agar mempertingkatkan diri dan melanjutkan pendidikannya ke peringkat sarjana muda dalam bidang sosiologi, agar dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih baik lagi.



Menjelaskan lebih lanjut, lulusan diploma dalam sains biomedikal itu berkata sebagai penasihat penjagaan, salah satu matlamatnya ialah memastikan dapat memperkasakan klien atau keluarga yang datang meminta nasihat atau bantuan agar dapat berdikari, namun pada masa yang sama tetap bersimpati dengan cabaran mereka.



Antara bidang tumpuan di Mendaki ialah sokongan pendidikan dan kerjaya, tambahnya yang sudah lima tahun bertugas di Mendaki.



"Justeru setelah menilai keperluan mereka, kami akan hubungkan mereka dengan program pendidikan kami dan jika perlu, salurkan mereka kepada rakan masyarakat lain untuk bantuan yang melebihi sokongan pendidikan," terang Cik Yasmin, yang sebelum ini memegang peranan sebagai penolong eksekutif dalam bidang kemasyarakatan dan keluarga di Mendaki.



Apabila ditanya apa yang menjadi pembakar semangatnya dalam bidang ini, Cik Yasmin berkata beliau berasa amat beruntung dapat memberi kesan dalam kehidupan masyarakat dengan memperkasakan dan membimbing mereka hingga mencapai kejayaan.



"Walaupun langkah kecil seperti memberi mereka masa untuk mendengarkan pandangan dan luahan mereka serta menghubungkan mereka dengan bantuan yang diperlukan, ia satu usaha yang memuaskan.



"Sebanyak mana saya bermotivasi untuk meneruskan kerja ini, saya juga amat teruja apabila mengetahui yang keluarga-keluarga ini turut sama bermotivasi untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka.



"Harap-harapnya, mereka akan terus digalak untuk mencipta kehidupan lebih baik untuk keluarga mereka," ujar beliau.



Berkongsi pemerhatiannya, Cik Yasmin berkata dua isu utama yang sering dihadapi keluarga di pusatnya adalah berkaitan dengan celik digital dan barangan digital di rumah.



"Dalam hal ini, saya sering menyarankan mereka supaya menjalani program celik digital seperti program DigiSmart untuk warga emas, ibu bapa serta pekerja dan menghubungkan mereka dengan inisiatif nasional untuk alat digital baru bagi anak-anak mereka yang bersekolah.



"Isu lain yang disaksikan ialah keluarga yang berdepan dengan tekanan sebagai penjaga kerana tanggungjawab yang perlu ditanggung khususnya bagi golongan ibu bapa tunggal," terang beliau.



Menurut Cik Yasmin, ramai keluarga yang dibantu merupakan isi keluarga berpendapatan tunggal dan mempunyai pelbagai keperluan seperti bantuan kewangan untuk menyara hidup serta mempunyai lebih daripada satu anak yang masih bersekolah.



Dengan salah seorang ibu bapa bekerja dan seorang lagi menjadi penjaga utama, mereka mungkin tidak mempunyai kemahiran sepenuhnya untuk menyokong pendidikan anak-anak mereka, tambah beliau.




"Walaupun langkah kecil seperti memberi mereka masa untuk mendengarkan pandangan dan luahan mereka serta menghubungkan mereka dengan bantuan yang diperlukan, ia satu usaha yang memuaskan. Sebanyak mana saya bermotivasi untuk meneruskan kerja ini, saya juga amat teruja apabila mengetahui yang keluarga-keluarga ini turut sama bermotivasi untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka. Harap-harapnya, mereka akan terus digalak untuk mencipta kehidupan lebih baik untuk keluarga mereka."
- Cik Yasmin Ibrahim, penasihat penjagaan di pejabat satelit Yayasan Mendaki di Pasir Ris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >