Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Susulan NDR 2022

Pemansuhan tidak ubah prinsip dan pendirian Islam tentang LBGTQ

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



PEMANSUHAN Seksyen 377A tidak mengubah prinsip dan pendirian Islam mengenai hubungan antara kaum sejenis.



Sedang pendirian Islam mengenai hal demikian jelas, Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, berkata persoalannya adalah bagaimana masyarakat boleh bergerak ke hadapan memberi sokongan dan membantu mengatasi cabaran tersebut bersama.



Ia penting, menurutnya, bagi golongan asatizah mahupun masyarakat untuk mendekati golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ) dalam cara yang sopan selain memberi mereka sokongan dalam melaksanakan ajaran Islam.



Demikian ditekankan Ustaz Irwan dalam perbincangan pasca Rapat Hari Kebangsaan berhubung isu pemansuhan Seksyen 377A anjuran Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Sesi perbincangan yang berlangsung di pejabat SPH Media di Toa Payoh North itu turut disertai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Naib Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Kalthom Muhammad Isa; pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sorip, dan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.



Menyentuh tentang penerimaan masyarakat Islam, Encik Masagos akui masyarakat bimbang gejala yang ada kait-mengait dengan budaya homoseksualiti boleh menyerap dalam masyarakat Islam di mana perubatan itu berdosa, dan pada masa yang sama menyatakan bahawa apa-apa undang-undang pun tidak boleh mengubah prinsip bahawa ia adalah satu dosa dalam agama Islam.



Beliau akur bahawa masyarakat Islam menilai tinggi keluarga tradisional - seorang ayah dan seorang ibu yang bernikah secara sah dan anak-anak dibangunkan dalam keluarga yang tradisional.



Justeru, memberi panduan bagaimana nilai ajaran agama boleh disampaikan ke golongan LGBTQ sambil menjaga maruah diri mereka, Ustaz Irwan berkata:



"Jadilah seperti air, kerana air ini apabila ia mengalir, kalau ada hadangan dan halangan pun ia akan mengatasi halangan itu dengan cara yang sopan, dengan lembut.



"Ia akan mendakap batu dan halangan tersebut pun.



"Bahkan air yang lembut ini boleh mematikan api yang marak.



"Ia juga boleh pada masa sama membentuk batu yang keras hanya dengan kelembutannya.



"Jadi kita sebagai sebuah masyarakat jadilah air yang Allah sifatkan sebagai sumber kehidupan dan sumber harapan."



Menambah, Ustaz Irwan memesan dan meniktikberatkan kepentingan bagi golongan asatizah mahupun masyarakat secara keseluruhannya untuk memberikan sokongan mahupun bantuan kepada mereka yang memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >