Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pembangunan Wisma Geylang Serai dekat di hati

Sep 22, 2020 | 05:30 AM



SAMBIL tersenyum lebar, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menyingkap bagaimana pembangunan dan penyelarasan Wisma Geylang Serai (WGS) begitu dekat di hatinya.



"Wisma Geylang Serai memang satu projek yang begitu sentimental bagi saya.



"Daripada satu tapak tanah yang lapang, wujudnya satu bangunan yang telah dibina untuk masyarakat selain dipupuk untuk disemarakkan," ujarnya.



Menurut Dr Mohd Maliki, beliau telah berusaha selama tujuh tahun untuk membangunkan WGS sebelum menyemarakkannya dengan pelbagai program kemasyarakatan.



Namun, beliau amat mengalu-alukan penyerahan teraju kepimpinan WGS kepada Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Baru-baru ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengumumkan bahawa tugas pertingkat masyarakat dibahagi-bahagikan kepada pemegang jawatan politik Melayu dalam Kabinet.



Dr Faishal akan bertanggungjawab mengembangkan lagi usaha dan program di WGS, pusat nadi masyarakat Melayu/Islam.



Dr Mohd Maliki pula akan menerajui Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) selain menyelia kesemua lapan M Kuasa Tiga (M³) @ Bandar.



"Saya rasa baik untuk memberi peluang kepada Dr Faishal untuk memberi nafas baru serta konsep-konsep baru demi menyemarakkan lagi WGS," kata beliau.



Namun, kata Dr Maliki, beliau akan tetap bertanggungjawab dan meneruskan usaha pembangunan semula jalur budaya WGS. Mengulas tentang pengumuman pembahagian tugas itu, Dr Maliki berkata ia memberi cerminan kepada masyarakat bahawa pasukan pemegang jawatan politik Melayu Singapura bekerjasama untuk membangunkan masyarakat bersama.



"Ia bukannya menunjukkan bahawa setiap daripada kami melakukan kerja secara berasingan tetapi sebaliknya, ini menunjukkan konsep teamwork atau bekerja secara berpasukan. Walaupun mempunyai tanggungjawab masing-masing, kami akan terus gigih berusaha membawa masyarakat kita ke tahap yang lebih baik," katanya.



Menyentuh tentang peranannya dalam Mesra, Dr Maliki berkata beliau akan meninjau kemungkinan meluaskan lagi peranan Mesra, melebihi daripada sekadar menarik masyarakat ke balai rakyat untuk aktiviti budaya sahaja.



"Kami ingin memberi peluang kepada Mesra dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) untuk memikirkan apakah kegiatan lain untuk menarik keinginan masyarakat datang ke balai rakyat, misalnya untuk meningkatkan kemahiran atau mengikuti kursus-kursus yang sedia ada," katanya.



Beliau menambah rangkaian sukarelawan Mesra di peringkat akar umbi juga boleh memainkan peranan menjadi penyalur kepada masyarakat dengan menghubungkan keluarga yang memerlukan kepada agensi yang sesuai.



Di samping itu, beliau juga mahu menarik penglibatan lebih ramai anak muda kepada Mesra.



Bagi M³ pula, Dr Maliki mahu memanfaatkan kepakaran golongan sukarelawan profesional untuk terus mendekati dan membangunkan masyarakat ke tahap lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >