Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TANJONG KATONG COMPLEX DITUTUP BAGI PROJEK NAIK TARAF

Pemilik Elmaya cuba nasib balik ke TKC

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



DENGAN pengalaman berniaga selama tiga dekad di Tanjong Katong Complex (TKC), banyak pengalaman pahit manis yang dialami Encik Samsu Mabi.



Bahkan, beberapa pelanggan setia beliau kini menjadi sahabatnya.



Namun, dengan pusat beli-belah di Geylang Serai itu bakal ditutup tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf, Encik Samsu, 78 tahun, tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya.



Apakan tidak. Selama 30 tahun, perniagaan beliau, Elmaya House of Fashion, dapat berkembang maju hasil sokongan masyarakat Melayu/Islam setempat.



"Alhamdulillah, ini berkat sokongan pelanggan Melayu kita. Kami bergurau-gurau dengan pelanggan dan anggap mereka sebagai rakan. Ramai pun dah tahu Elmaya sudah lama di sini. Kita ada ramai pelanggan setia di sini.



"Kebanyakan pelanggan kami yang bawa anak akan kata anak dia dulu kecil tetapi sekarang dah besar, dah kerja. Dulu ikut cakap mak, tetapi sekarang dah besar, semua nak pilih sendiri.



"Jadi, saya nampak ramai pelanggan saya yang membesar," kata beliau.



Tanjong Katong Complex akan ditutup tidak lama lagi bagi menjalani kerja-kerja naik taraf mulai Ogos 2023. Kerja-kerja tersebut dijangka berakhir menjelang Julai 2026.



Dalam satu laporan pada Disember 2021, Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah, berkata ia telah melanjutkan tempoh sewa selama enam bulan sehingga 30 Jun 2023 agar mereka boleh memanfaatkan penjualan Hari Raya pada April 2023.



Apabila siap menjelang Julai 2026 nanti, orang ramai boleh menjangkakan TKC baru dengan lebih banyak ruang runcit, pilihan makanan dan minuman (F&B) lebih luas, ruang bagi kegiatan masyarakat dan kemudahan dan khidmat lebih baik.



Encik Samsu menceritakan bahawa apabila beliau memasuki TKC pada Julai 1992, kedainya berada di tempat lain di pusat beli-belah itu.



Hanya selepas sekitar dua atau tiga tahun, mereka berpindah ke kedai mereka sekarang di nombor pintu #02-21. Kedai mereka sekarang merupakan dua unit, dengan sewa bulanan sekitar $3,700.



Dalam persiapan menjelang penutupan TKC, Encik Samsu berkata mereka telah mula mencari kedai baru sekitar empat bulan lalu dan akhirnya telah menemui tempat pengganti di pusat beli-belah Kinex bertentangan TKC.



Kedai di Kinex itu disewa dengan kontrak tiga tahun dan kadar sewa sekitar $5,000 sebulan.



Ini bermakna Elmaya akan mempunyai dua kedai yang boleh dikunjungi pelanggan sehingga Jun 2023.



Encik Samsu berharap Elmaya dapat kembali ke TKC apabila pusat beli-belah itu dibuka semula pada 2026 nanti.



SLA sebelum ini berkata ia tidak boleh menjamin akan memberi keutamaan kepada penyewa di TKC untuk menyewa semula kedai di situ setelah pusat beli-belah itu dinaik taraf, tetapi, mereka boleh melahirkan minat mereka untuk menyewa di situ kepada SLA.



Sebagai bangunan komersial, tender terbuka dijangka dibuka bagi penyewaan ruang di pusat beli-belah itu.



"Orang Melayu kita ni, tumpuan mereka adalah di Geylang Serai. Apabila siap pada 2026 nanti, kami akan menyertai tender dan lihat nasib boleh dapat ke tidak. Kalau dapat, Alhamdulillah.



"Tetapi, kami berharap dapat kembali ke TKC nanti," kata Encik Samsu.




"Alhamdulillah, ini berkat sokongan pelanggan Melayu kita. Kami bergurau-gurau dengan pelanggan dan anggap mereka sebagai rakan. Ramai pun dah tahu Elmaya sudah lama di sini. Kita ada ramai pelanggan setia di sini.
Kebanyakan pelanggan kami yang bawa anak akan kata anak dia dulu kecil tetapi sekarang dah besar, dah kerja. Dulu ikut cakap mak, tetapi sekarang dah besar, semua nak pilih sendiri.
Jadi, saya nampak ramai pelanggan saya yang membesar.''
- Encik Samsu Mabi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >