Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

1,001 CERITA BILA BANJIR MELANDA

Pemilik restoran warga SG sediakan juadah percuma bagi mangsa banjir

Dec 27, 2021 | 05:30 AM



TERPANGGIL dan tersentuh dengan nasib mangsa banjir yang terputus bekalan makanan, seorang pemilik restoran warga Singapura menutup perniagaannya separuh hari untuk menyediakan makanan percuma ke kawasan yang terjejas.



Restoran Tumis Teak 5 yang terletak di pusat beli-belah mewah Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, memang terkenal dengan menu masakan Singapura yang unik dan lazat.



Sejak Selasa lalu, Encik Rosli Bidin, 56 tahun, mula mengirimkan bungkusan nasi dan lauk pauk ke Hulu Langat sebuah kawasan perkampungan agak terpencil di Selangor.



"Sebenarnya anak saya Irfan yang mula keluar menyelamatkan mangsa banjir sejak Ahad lalu menggunakan kenderaan '4x4' kami.



"Dia yang beritahu saya tentang keadaan dhaif mangsa banjir dan minta saya siapkan makanan untuk dibawa," kata Encik Rosli yang berhijrah ke Kuala Lumpur bersama isteri dan tiga orang anaknya pada 2004.



Anak sulung beliau, Encik Muhammad Fadhil Irfan, 27 tahun, adalah antara sukarelawan yang tercabar meredah banjir untuk masuk ke kawasan Sri Muda, Shah Alam, yang paling teruk terjejas Ahad malam lalu.



"Waktu itu paras air dah sampai paras bahu dan keadaan memang kelam kabut dan mencabar sebab cuba menyelamatkan mangsa dalam keadan gelap.



"Saya dan beberapa orang rakan yang memandu kenderaan trak '4x4' hanya dapat masuk ke kawasan paras air setinggi satu meter dan menunggu bot penyelamat datang membawa mangsa. Kemudian kami bawa mereka ke pusat pemindahan sementara,'' kata Encik Muhammad Irfan.



Beliau berada di kawasan Sri Muda sehingga pagi Isnin dan berupaya menyelamatkan sekitar 15 keluarga seramai 70 orang.



Sejak Selasa, Encik Rosli serta isterinya, Cik Norhayani Mohd Nor, 53 tahun, dan anak bongsu, Muhammad Fariz, 17 tahun, sibuk menyiapkan bahan makanan untuk dimasak di dapur restoran mereka.



Sejumlah 500 bungkusan pertama siap diedarkan dan dibawa ke Hulu Langat tengah hari Selasa lalu. Lebih 400 bungkusan lagi dibawa untuk makan malam.



Sehingga kini, lebih 1,500 bungkusan makanan telah dihantar ke kawasan banjir.



"Anak saya Irfan dan Farah yang menguruskan pemberian makanan ke kawasan terjejas. Saya ini sensitif sikit, rasanya tak sanggup nak melihat keadaan mangsa banjir dalam keadaan susah begitu,' ujar Encik Rosli.



Beliau berharap dapat menyediakan makanan untuk dua atau tiga hari lagi ke beberapa kawasan lain yang masih memerlukan.



Usaha murni Encik Rosli itu mendapat perhatian bekas rakan rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Si Ling di Woodlands.



Mereka kini sedang berusaha mengumpulkan dana dan keperluan makanan kering, peralatan rumah serta pakaian untuk mangsa banjir di Selangor dan Kuala Lumpur. Menurut Encik Rosli, sebuah trak lima tan membawa bahan derma dari Singapura telah tiba di Kuala Lumpur kelmarin.



Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Encik Roslan Tamin di telefon 9683-7765.



  • Basir Siswo ialah mantan wartawan Berita Harian dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau ialah penulis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >