2023, dunia menyaksikan betapa hebat jejak kemusnahan terhadap persekitaran dan alam ekoran kenaikan paras air laut, kebakaran hutan, banjir kilat dek taufan dan ribut. Bencana yang mengancam itu menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), jumlah pemindahan penduduk dijangka meningkat namun kekurangan data yang komprehensif dan pemahaman tentang pengalihan perubahan iklim yang masih berlarutan membuat pengumpulan data terperinci agak sukar.

PELARIAN PERUBAHAN IKLIM: Orang ramai membawa barang-barang mereka semasa melintasi bahagian jalan yang runtuh akibat banjir kilat di Jalan Mwingi-Garissa berhampiran Garissa,  Afrika Timur, 22 November 2023.
PELARIAN PERUBAHAN IKLIM: Orang ramai membawa barang-barang mereka semasa melintasi bahagian jalan yang runtuh akibat banjir kilat di Jalan Mwingi-Garissa berhampiran Garissa,  Afrika Timur, 22 November 2023. - Foto AFP
KENAIKAN PARAS AIR LAUT: Gambaran sisa-sisa rumah yang musnah ketika paras air laut meningkat memaksa penduduk kampung berpindah, di El Bosque, Mexico.
KENAIKAN PARAS AIR LAUT: Gambaran sisa-sisa rumah yang musnah ketika paras air laut meningkat memaksa penduduk kampung berpindah, di El Bosque, Mexico. - Foto REUTERS
KEMARAU PANJANG: Kanak-kanak perempuan berjalan sambil membawa bekas untuk mengambil air dari paip di Bani Matar, Yaman, pada 24 Ogos 2023. Yaman antara negara paling sukar mendapat bekalan air di dunia, disebabkan kemarau akibat perubahan iklim.
KEMARAU PANJANG: Kanak-kanak perempuan berjalan sambil membawa bekas untuk mengambil air dari paip di Bani Matar, Yaman, pada 24 Ogos 2023. Yaman antara negara paling sukar mendapat bekalan air di dunia, disebabkan kemarau akibat perubahan iklim. - Foto REUTERS
KEBAKARAN HUTAN: Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan yang melanda Amazon Bolivia, San Buenaventura, Bolivia, pada 22 November 2023.
KEBAKARAN HUTAN: Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan yang melanda Amazon Bolivia, San Buenaventura, Bolivia, pada 22 November 2023. - Foto REUTERS
KEM PELARIAN PERUBAHAN IKLIM: Pemandangan udara tempat perlindungan sementara di sebuah kem di Baidoa untuk orang yang dipindahkan akibat banjir berikutan hujan lebat di Somalia.
KEM PELARIAN PERUBAHAN IKLIM: Pemandangan udara tempat perlindungan sementara di sebuah kem di Baidoa untuk orang yang dipindahkan akibat banjir berikutan hujan lebat di Somalia. - Foto REUTERS

Badan itu menegaskan bahaya akibat kekerapan kejadian cuaca melampau, seperti hujan lebat yang luar biasa, kebakaran hutan, kemarau panjang, tanah runtuh, degradasi alam sekitar, atau kenaikan paras laut dan taufan  menyebabkan purata lebih 21.5 juta orang meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke kawasan lain di negara sendiri setiap tahun. 

Agensi Alam Sekitaran Antarabangsa (IEP) meramal pemindahan penduduk boleh mencapai lebih 1.2 billion manusia berpindah  secara global menjelang 2050 disebabkan bencana alam dibawa oleh perubahan iklim dalam beberapa dekad akan datang.

Di Singapura, satu kajian baru dari Universiti Teknologi Nanyang meramalkan paras laut di Singapura boleh meningkat sebanyak 1.37 meter menjelang 2150 jika suhu meningkat lebih daripada 4 darjah Celsius menjelang akhir abad ini kerana pelepasan gas rumah hijau yang berlebihan.