Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pengalaman pesakit tangani barah dorong minat ceburi bidang sains

Mar 14, 2021 | 05:30 AM



APABILA nenek saudaranya disahkan menghidapi barah tahap empat dan bertahan sehingga 10 tahun dengan memanfaatkan herba, ia menguatkan lagi minat Dr Asyifah Rashid di bidang sains.



Ini mendorongnya memberi tumpuan tentang manfaat herba dalam tesisnya bagi pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD), sekali gus mengukuhkan tekad meneroka sains sebagai kerjaya.



Kini Dr Asyifah, 31 tahun, menyandang peranan sebagai Penolong Pengarah Kanan dalam Divisyen Tenaga di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Skop pekerjaannya termasuk membantu menghasilkan dasar dan strategi tenaga Singapura menerusi rangka kerja tenaga nasional menyeluruh dan menggalak kerjasama tenaga serantau.



Ibu seorang anak itu dipinjamkan ke MTI oleh majikannya, Majlis Kajian biomedikal di Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).



Salah satu pencapaian beliau ialah pembangunan program Semakan Pembangunan Terapeutik, iaitu satu wadah yang menghimpunkan saintis, doktor dan perniagaan yang terlibat dalam penemuan dan pembangunan ubat-ubatan serta menyediakan sokongan teknikal dan kewangan yang diperlukan.



Menjelaskan lebih lanjut tentang 'berputiknya cinta' terhadap sains, Dr Asyifah yang meraih PhD dalam bidang perubatan kimia di bawah biasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berkata:



"Apabila arwah nenek saudara saudara diberitahu hanya ada masa sebulan untuk hidup, tetapi beliau mampu bertahan sehingga 10 tahun tanpa sebarang perubatan, saya bertanya apa rahsianya.



Beliau memberitahu menggunakan pelbagai ramuan semula jadi seperti kulit belimbing dan daun tujuh jarum, saya berminat menyiasatnya dari perspektif saintifik dan mencari molekul utama yang memiliki nilai perubatan.



"Jadi seluruh tesis saya berkenaan dengan hal itu. Proses itu memberikan saya kepuasan mendalam dan menjadikan saya pasti bahawa saya mahu meneroka sains sebagai kerjaya," ujar lulusan Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kimia-Bio Kimia daripada NTU itu kepada Berita Minggu.



Beliau kemudian menceburi bidang pentadbiran kajian awam di A*Star kerana ia memberikan akses kepada semua jenis sains, sebelum menjawat peranan terkini di MTI.



Selama di A*Star, Dr Asyifah menyifatkan dirinya bernasib baik kerana berpeluang bertemu dengan ramai saintis yang berbakat dan bijak, serta bertukar pandangan dengan mereka tentang kajian dan teknologi inovatif yang berpotensi menyembuhkan pelbagai penyakit.



"Menerusi interaksi ini, ia membantu meluaskan perspektif saya mengenai banyak perkara.



Ini khususnya tentang betapa cekap dan berkebolehan masyarakat kita dan kemungkinan dalam sains yang tiada noktahnya untuk menyembuhkan atau memberi kebaikan kepada dunia.



"Ia hanya memerlukan keberanian, kecekalan dan dedikasi untuk kekal memperjuang sesuatu matlamat," jelas anak bongsu keluarga tiga beradik itu.



Sebagai wanita dalam bidang sains - satu bidang yang masih jarang disertai kaum Hawa - Dr Asyifah berpendapat ia sama mencabar dengan bidang lain.



Mengenai adakah sukar untuk wanita menyertai bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem), beliau yang menyanjungi Presiden Halimah Yacob sebagai contoh inspirasi, berkata:



"Sesuatu yang bermakna, tidak sentiasa mudah... untuk berjaya dan menjalani hidup yang bermakna, saya rasa adalah penting untuk bersedia secara mental mengatasi cabaran.



"Tentunya ada yang akan meragui kemampuan anda, tetapi ia memerlukan keberanian, keyakinan dan kehormatan diri untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang anda minati."




"Sesuatu yang bermakna, tidak sentiasa mudah... untuk berjaya dan menjalani hidup yang bermakna, saya rasa adalah penting untuk bersedia secara mental mengatasi cabaran. Tentunya ada yang akan meragui kemampuan anda, tetapi ia memerlukan keberanian, keyakinan dan kehormatan diri untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang anda minati."
- Dr Asyifah Rashid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >