Premium
Pengalaman simulasi realistik bagi pegawai Home Team
Dec 21, 2022 | 5:30 AM

REALITI MAYA: Latihan untuk para pegawai dijalankan dengan menggunakan monitor TV yang luas dan senario masa nyata untuk memberikan pelatih pengalaman yang lebih realistik apabila berhadapan dengan kecemasan dan mempelajari akibat daripada tindakan mereka. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
LEBIH ramai pegawai Home Team menjalani pembelajaran berasaskan simulasi untuk menambahkan pengalaman yang lebih realistik dalam latihan mereka.
Apabila Sistem Simulasi Home Team (HTS2) mula diperkenalkan pada 2018, hanya dua badan pemerintah, Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menggunakan perisian itu untuk melatih kakitangan mereka.

