Premium
Pengguna Internet terus hadapi isu keselamatan
Dapatan kajian sempena Hari Antarabangsa Rangkaian Peribadi Maya oleh Syarikat NordVPN disifatkan amat membimbangkan
Aug 24, 2022 | 5:30 AM
ORANG ramai terus berdepan dengan pelbagai risiko dalam penggunaan Internet dan khidmat digital, baik dalam kepenggunaan sistem kewangan dan perbankan maya mahupun dalam urusan biasa sehari-hari di laman sesawang.
Dalam tempoh setahun kebelakangan ini sahaja, kita terus didedahkan dengan pelbagai corak penipuan dalam talian, kaedah penggodaman sistem Internet, gangguan kepada talian komunikasi digital, serangan virus dan pelbagai lagi - kesemuanya memanfaatkan data peribadi pengguna.


