Singapura kekal bersikap tegas terhadap penyalahgunaan dadah dan ini termasuk Bahan Psikoaktif Baru (NPS), yang semakin pesat diedar dan disalah guna tetapi tidak begitu dapat ditangani sebelum ini. Namun pada 21 Mac, Parlimen meluluskan pindaan undang-undang berkaitan dadah agar semua bahan yang boleh menyebabkan seseorang itu mabuk - kecuali bahan tertentu seperti arak, tembakau dan bahan perubatan lain - ditakrif sebagai bahan psikoaktif persis dadah terkawal dan dan pengedar serta penggunanya boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman. Ikuti wawancara khas BERITA HARIAN bersama Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
UNDANG-UNDANG terhadap penyalahgunaan dadah perlu dipertingkat bagi mencegah penggunaan bahan psikoaktif baru (NPS) yang semakin pesat menjadi satu kebimbangan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg