Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Penghantar makanan tidak jemu belajar kemahiran baru

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS kehilangan pekerjaan semasa kemuncak pandemik Covid-19 tiga tahun lalu, Encik Muhammad Johari Yahya bergelut untuk mencari pekerjaan sepenuh masa.



Untuk menyara isteri dan seorang anak lelaki, Encik Johari telah memutuskan untuk menjadi penghantar makanan bersama Deliveroo bagi menampung kos sara hidup mereka.



Namun, bak kata pepatah, apabila satu pintu ditutup, pintu lain terbuka.



Mengambil kesempatan daripada pekerjaan yang fleksibel itu, beliau telah mengambil peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya melalui program dan kursus berlainan.



Selama tiga tahun sebagai penunggang penghantaran, Encik Johari, 46 tahun, telah menghadiri sebanyak 36 kursus dan program, termasuk di peringkat diploma dalam bidang peruncitan.



"Masa bekerja saya sebagai penghantar makanan sebenarnya agak fleksibel. Jadi saya pun berfikir untuk mengambil peluang ini meningkatkan kemahiran saya supaya dapat kekal relevan dalam landskap dunia yang semakin berubah.



"Jika saya tidak melakukan demikian, saya akan terus ketinggalan dari segi kemahiran dan pengetahuan," katanya.



Sebelum Singapura dilanda pandemik Covid-19, Encik Johari merupakan seorang pengurus jualan serantau untuk produk perubatan dan perlu banyak melancong ke luar negara.



Namun dengan sekatan sempadan, pekerjaannya kemudian menjadi tidak relevan.



Dengan hanya mempunyai kelayakan diploma dalam kejuruteraan komputer dan komunikasi elektronik yang diambilnya lebih 20 tahun lalu, beliau tergerak untuk meningkatkan kemahirannya.



Antara kursus yang beliau ambil termasuk kursus-kursus yang ditawarkan oleh Deliveroo Singapura melalui platform seperti OpenClassrooms.



Kursus-kursus ini dilancarkan pada 2019 untuk menyokong pembangunan pendidikan dan profesional penunggang Deliveroo.



Dengan platform OpenClassrooms penunggang Deliveroo dan keluarga mereka boleh mengakses sekitar 700 kursus dalam talian secara percuma.



Kursus yang beliau telah sertai adalah dalam bidang pemasaran digital, kecerdasan buatan (AI) dan pengurusan projek.



"Meskipun ia hanya merupakan kursus yang asas, ia telah memberi saya peluang untuk mengenali kemahiran penting yang dikehendaki oleh industri pekerjaan sekarang.



"Daripada pengalaman ini, saya mula memupuk minat dalam bidang tersebut dan melakukan penyelidikan sendiri tentang industri berkenaan," kata beliau.



Hari ini, Encik Johari terus bekerja dengan Deliveroo untuk menjana pendapatan sambil memulakan perjalanan dalam meningkatkan kemahiran seterusnya.



Ketika dihubungi Berita Harian, beliau sedang menghabiskan kursus untuk menjadi seorang jurulatih profesional bagi kursus WSQ dan bukan WSQ.



Katanya, ini adalah cara baginya untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan menjadi inspirasi dan menyokong orang dewasa lain yang mungkin ingin meningkatkan kemahiran atau meneroka laluan kerjaya baru.



"Ramai yang mungkin 'terkurung' dalam pekerjaan mereka apabila mereka tidak dapat mencari pekerjaan sepenuh masa.



"Jika kita melihat pengalaman ini sebagai sesuatu yang positif, kita dapat meraih manfaat daripada pekerjaan ini juga.



"Saya berharap mereka yang kini bekerja berasaskan kontrak atau secara bebas seperti saya tidak berputus asa demi masa depan yang lebih baik dengan meningkatkan kemahiran mereka," ujarnya.




"Masa bekerja saya sebagai penghantar makanan sebenarnya agak fleksibel. Jadi saya pun berfikir untuk mengambil peluang ini meningkatkan kemahiran saya supaya dapat kekal relevan dalam landskap dunia yang semakin berubah.

Jika saya tidak melakukan demikian, saya akan terus ketinggalan dari segi kemahiran dan pengetahuan."

- Encik Muhammad Johari, 46 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >