Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenjual daging alaf baru di pasar basah estet kejiranan
1 of 2
Oct 16, 2022 | 5:30 AM
Penjual daging alaf baru di pasar basah estet kejiranan
BAGI peniaga muda, pasar basah jarang menjadi lokasi pertama yang terlintas di fikiran sejurus sahaja timbul keinginan untuk membuka gerai.
Meskipun mungkin dilihat sebagai 'modern butchery'- atau penjual daging alaf baru yang menawarkan pelbagai jenis potongan daging premium - bagi Encik Muhamad Hadhir Abdullah, 38 tahun, unit yang terletak di pasar basah Tampines Mart menjadi pilihan sebagai tapak permulaan perniagaannya yang diberi nama Al-Masyhur.