Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Perkhidmatan penstriman terbanyak dilanggan pada 2023

Penstriman video sudah jadi hiburan global

May 24, 2023 | 02:09 PM



SALURAN penstriman video telah menjadi sebahagian daripada hiburan global sejak kebelakangan ini,

Daripada Netflix dan Amazon Prime kepada HBO Max dan Apple TV, pengguna hari ini mempunyai banyak pilihan dalam hal perkhidmatan penstriman.

Walaupun sesetengah pengguna memilih perkhidmatan dengan rancangan dan filem kegemaran, ada yang memilih pilihan wadah yang menawarkan yuran langganan yang paling berpatutan atau penuh kandungan. Trend langganan yang boleh dilihat ialah pengguna menyatukan rakan dan keluarga dan melanggan pelbagai perkhidmatan penstriman.

Laman pengkaji data, Worldmaps, telah menggunakan data daripada FlixPatrol untuk melihat perkhidmatan penstriman mana mendapat langganan terbanyak mengikut, berdasarkan negara, pada Februari 2023.

Dengan bilangan pelanggan tertinggi di 78 negara dan lebih 220 juta pelanggan di seluruh dunia, Netflix ialah perkhidmatan penstriman video paling popular di kebanyakan negara.

Di banyak negara termasuk United Kingdom, Brazil, Jerman, Perancis dan Mexico, Netflix mempunyai pelanggan paling ramai berbanding mana-mana perkhidmatan yang ada. Bilangan itu melebihi perkhidmatan penstriman Amazon Prime dengan 200 juta pelanggan globalnya.

Bagaimanapun, Prime boleh berbangga kerana mengatasi Netflix di lima negara: Afghanistan, Canada, Jepun, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Perkhidmatan penstriman lain mendapati kejayaan berdasarkan kawasan tertentu.

Saluran televisyen premium Perancis Canal Plus mempunyai bilangan pelanggan tertinggi di 17 negara francophone di seluruh Afrika Tengah dan Barat.

Begitu juga, perkhidmatan penstriman video percuma Arab Shahid mendahului senarai 16 negara termasuk Mesir, Arab Saudi, UAE dan Yamen.

Walaupun mempunyai lebih 160 juta pelanggan global, Disney+ hanya berjaya menduduki tempat teratas dalam pangkalan pelanggan India. Begitu juga, Tencent Video adalah platform yang paling banyak dilanggan di China dengan 124 juta pelanggan.

Hanya 11 saluran penstriman video berjaya mencapai bilangan pelanggan yang tinggi di 134 negara yang dijejaki oleh data ini.

Ia termasuk platform China iQIYI dengan 106 juta pelanggan, serta empat perkhidmatan penstriman Amerika: HBO Max (79.9 juta), Hulu (48 juta), Paramount+ (46 juta) dan Apple TV (40 juta).

Tetapi dengan kedua-dua Netflix dan Disney+ bergelut dengan pertumbuhan pelanggan yang perlahan (dan semakin menurun), bagaimana agaknya peta itu akan berkembang dalam beberapa tahun akan datang?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >