Penting laksana Surat Kuasa Berkekalan dengan betul demi elak pertikaian
Premium
Penting laksana Surat Kuasa Berkekalan dengan betul demi elak pertikaian
Ia mesti ditandatangani di hadapan Pengeluar Sijil, peguam atau doktor yang perlu buktikan keupayaan mental pemberi kuasa
Jan 8, 2023 | 5:30 AM
ABDUL ROHIM SARIP -
BARU-BARU ini terdapat kes di Mahkamah Tinggi mengenai pembatalan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) atas alasan apabila LPA dibuat, pemberi kuasa (donor) tidak mempunyai keupayaan mental untuk menandatangani LPA.
Ini adalah isu penting kerana LPA jika dilaksanakan dengan betul boleh memberikan pelbagai kuasa kepada penerima kuasa (donee) dalam hal ehwal peribadi, kewangan dan harta benda pemberi kuasa.

