Penduduk harap pembangunan baru dapat kekal warisan, semangat kampung
Premium
Penduduk harap pembangunan baru dapat kekal warisan, semangat kampung
Setelah hampir lapan tahun bertapak di Yishun, Taman rekreasi Orto bakal ditutup menjelang pertengahan tahun depan untuk memberi laluan kepada pembangunan perumahan yang baru. Selain Orto, organisasi bukan cari keuntungan, Ground-Up Initiative (GUI) turut terjejas dan perlu berpindah dari premis mereka. Apakah langkah Orto dan GUI seterusnya dan apakah perasaan pengunjung dan penduduk di Yishun? BERITA MINGGU (BM) melaporkan.
Sep 11, 2022 | 5:30 AM
TEMPOH pajakan taman rekreasi Orto dan organisasi bukan cari keuntungan The Ground-Up Initiative (GUI) bakal tamat pada hujung tahun ini dan kedua-duanya telah diberikan sehingga 30 Jun tahun depan untuk mengosongkan premis mereka yang terletak di Yishun.
Ini sedang pemerintah membuat perancangan untuk membangunkan kawasan perumahan baru di tapak tersebut.

