Penyelidik S'pura mungkin temui kaitan komplikasi jantung dengan vaksin Covid-19
Premium
Penyelidik S'pura mungkin temui kaitan komplikasi jantung dengan vaksin Covid-19
Antara sebab adalah tahap asas enzim RNASE2 yang tinggi dalam badan berikutan suntikan vaksin mRNA
May 13, 2023 | 5:30 AM
PENYELIDIK SEKOLAH PERUBATAN DUKE-NUS: (Dari kiri, berdiri) Ketua penyelidik dan timbalan pengarah program kemunculan penyakit berjangkit di Sekolah Perubatan NUS-Duke, Profesor Ooi Eng Eong; penyelidik utama untuk projek Inovasi Bersepadu dalam Penyakit Berjangkit, Profesor Paul Tambyah; (dari kiri, duduk) saintis penyelidik utama, Cik Eugenia Ong dan Encik Chan Kuan Rong. Penyelidikan mereka berdasarkan satu kes lelaki yang mengalami gejala yang serupa dengan miokarditis selepas mengambil vaksin Covid-19. - Foto ST -
PARA penyelidik di Singapura telah menemui apa yang mungkin menyebabkan sekumpulan kecil individu yang menghadapi risiko komplikasi jantung yang lebih tinggi selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19.
Kajian penyelidik dari Sekolah Perubatan Duke-NUS dan lain-lain menemui bahawa mereka yang mempunyai tahap asas RNASE2 - enzim dihasilkan dalam badan yang proses asid ribonukleik (RNA) - yang tinggi mungkin lebih terdedah kepada masalah jantung berikutan suntikan vaksin mRNA.

