Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kontroversi hubungan sulit ahli politik

Peranan etika, moral peribadi dalam pembangunan politik S’pura

Ahli politik juga manusia biasa yang buat silap, namun naratif landskap politik S’pura bermakna moral dan khidmat politik harus seiring, kata pengamat
Jul 22, 2023 | 05:30 AM



Dalam negara yang cukup dikenali dengan kestabilan politik dan imejnya yang bersih, kontroversi berprofil tinggi melibatkan hubungan sulit antara ahli politik parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Pekerja (WP) yang mengisi dada akhbar sejak awal minggu ini mengejutkan warga selain mendapat sorotan media antarabangsa.

Hubungan sulit mantan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dengan mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui; serta mantan AP GRC Aljunied, Encik Leon Perera, dengan mantan presiden Sayap Belia WP, Cik Nicole Seah – bersama beberapa kontroversi lain melibatkan ahli politik yang timbul satu demi satu kebelakangan ini – boleh disifatkan semacam krisis, menurut beberapa pengamat politik.

Ini kerana ia boleh menjejas keyakinan orang ramai serta kepercayaan terhadap sistem pemerintahan dan politik Singapura, serta golongan AP yang dipilih.

Namun, ada juga yang berpendapat, dalam konteks kehidupan hari ini, tuntutan untuk tokoh politik di sini untuk menjadi contoh teladan atau simbol moral – adalah sesuatu yang mungkin harus diteliti semula.

Tindakan tegas, konsisten tangani kontroversi hubungan sulit

Namun, keyakinan yang terjejas dek kontroversi itu dapat dipulihkan dengan tindakan tegas yang diambil kedua-dua PAP dan WP, menurut Penganalisis Kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, Dr Mustafa Izzuddin.

Sebelum ini pun, terdapat beberapa skandal melibatkan hubungan sulit yang telah mencemari nama AP setempat hingga menyebabkan mereka meletakkan jawatan.

Pada 2012, Encik Michael Palmer, yang berkhidmat sebagai Speaker Parlimen ketika itu, meletak jawatan disebabkan hubungan sulit.

Pada 2016, AP Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Batok, Encik David Ong, turut meletak jawatan atas sebab yang serupa.

Pendekatan yang diambil PAP dalam menangani hubungan sulit melibatkan Encik Tan dan Cik Cheng sejajar dengan cara ia menangani hubungan sulit melibatkan anggotanya sebelum ini.

Pada 2012, AP WP bagi Hougang, Encik Yaw Shin Leong, dipecat partinya selepas didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang anggota WP yang sudah berkahwin dan kemudian berulang kali enggan menerangkan dakwaan itu.

Pendekatan itu juga sejajar dengan langkah yang diambil WP dalam kes melibatkan Encik Perera dan Cik Seah, dengan Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh, berkata dalam satu sidang media bahawa beliau bersedia memecat Encik Perera sekiranya beliau tidak meletak jawatan setelah rahsia tentang hubungan sulitnya dengan Cik Seah terbongkar.

AP dipilih perlu sifat baik, moral tinggi

Sementara hubungan sulit yang dijalin ahli politik bukan perkara asing di luar negara, respons PAP dan WP antara lain menunjukkan bahawa pucuk pimpinan parti itu terus menuntut AP mereka sentiasa berkelakuan baik dan bermoral tinggi di dalam dan di luar dewan Parlimen.

Menarik perhatian kontroversi hubungan sulit melibatkan dua mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Bill Clinton dan Encik Donald Trump, sebelum ini, Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata masyarakat Amerika rata-ratanya juga tidak menerimanya, dengan Encik Clinton didakwa di mahkamah manakala perbuatan Encik Trump menimbulkan sungutan ramai.

Meskipun ia tidak menjadi isu besar di luar negara, Profesor Madya Chong Ja Ian dariJabatan Sains Politik Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata ini tidak bermakna persetujuan atau sokongan baginya.

Pakar sosiologi dari Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Madya Tan Ern Ser, berkata Singapura bagaimanapun bukan masyarakat yang berpecah belah, dengan politik melebihi moral.







“Sifat dan moral yang baik terus dianggap penting dalam masyarakat. (Sistem) kita juga tidak beroperasi atas dasar personaliti. Pemimpin yang didapati terlibat dengan skandal tidak diterima, tanpa mengira populariti mereka,” ujarnya.

Menurut pengamat, tindak balas PAP dan WP turut mencerminkan pandangan sebahagian besar warga Singapura bahawa kelakuan sedemikian tidak boleh diterima dan menunjukkan kelemahan peribadi yang serius.

Oleh itu, Profesor Madya Eugene Tan dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) berkata PAP dan WP juga akan rasa terdorong untuk mengambil pendekatan yang sejajar dengan jangkaan kebanyakan warga.







“Ini supaya pendekatan itu dianggap wajar dan kedua-dua parti juga tidak mahu orang ramai menganggap standard tinggi yang mereka janjikan, dan turut dijangkakan orang ramai daripada AP yang dipilih, telah merosot,” ujarnya.

Garisan tipis antara kehidupan peribadi, awam

Kontroversi hubungan sulit melibatkan tokoh politik parti pemerintah PAP dan parti pembangkang WP itu turut menarik perhatian satu hakikat – terdapat garisan tipis yang membezakan antara kehidupan awam dengan kehidupan peribadi dalam perkhidmatan politik, kata Dr Norshahril.







“Kepimpinan juga adalah manifestasi sifat kesetiaan dan kejujuran. Di Singapura, kita kekal komited kepada nilai tradisional kehidupan keluarga yang baik dan oleh itu, hubungan sulit seperti ini tidak sejajar dengan nilai yang ingin didukung warga Singapura,” ujarnya.

Bagi Dr Mustafa, adalah tidak adil untuk menganggap AP sebagai simbol moral.







“Namun, naratif dalam landskap politik Singapura menunjukkan bahawa moral peribadi dan perkhidmatan politik harus seiring dan sehaluan jika ahli politik mahu dianggap sebagai berwibawa.

“Kejadian baru-baru ini menunjukkan bahawa garisan antara (kehidupan) profesional dengan peribadi semakin tipis dalam perkhidmatan politik, dengan (kehidupan) peribadi juga dianggap politik bagi ahli politik yang berwibawa di Singapura,” kata beliau.

Tahap moral tinggi terus dituntut

Namun menurut Dr Chong, ini menunjukkan bahawa ahli politik juga manusia biasa yang membuat kesilapan.

Oleh itu, warga Singapura tidak wajar ‘memuja’ mereka tetapi sebaliknya, bertanya mengapa mereka memilih ahli politik itu dan apa yang dijangkakan daripada mereka yang dipilih.

Meskipun pemimpin pengasas negara ini telah menetapkan tahap moral yang tinggi bagi kepimpinan politik pada masa dahulu, standard ini dijangka terus didukung pucuk pimpinan politik hari ini dan akan datang, menurut pengamat.

“Saya rasa tiada tolak ansur bagi salah laku sedemikian. Sesetengah pihak mungkin berpendapat bahawa ada ruang bagi keampunan dan penyesalan tetapi pada masa yang sama, ada juga yang menganggap bahawa apabila seorang pemimpin itu diketahui kurang integriti dan mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya, ini akan menyebabkannya menjadi kurang berwibawa dan dihormati,” ujar Dr Tan Ern Ser.

Namun, Dr Chong berkata kini terdapat lebih banyak pemahaman bahawa individu menghadapi cabaran peribadi yang nyata.







“Oleh itu, persoalannya harus berbalik kepada keupayaan (ahli politik) melaksanakan tugas mereka, memandangkan itu jangkaan pengundi bagi ahli politik pilihan mereka,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >