Peranti semua dalam satu bantu tingkat produktiviti di rumah, di pejabat, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

DUNIA DIGITAL

Peranti semua dalam satu bantu tingkat produktiviti di rumah, di pejabat

Oct 13, 2021 | 09:23 PM

DALAM sekitaran kerja dari rumah (WFH) masa kini, usahawan dan karyawan mungkin perlu melengkapi kediaman dengan peralatan yang boleh mempertingkat daya penghasilan agar mereka tidak perlu ke  pejabat untuk menjalankan tugas.

Epson misalnya mempunyai pencetak A3+ yang menawarkan lebih daripada satu kegunaan. Selain mencetak sehingga saiz kertas A3+, alat Epson EcoTank L15150 juga boleh mengimbas membuat salinan dokumen dan mengirimkan faks.

Epson memang terkenal dengan mutu cetakan dan teknologi dakwat warnanya. EcoTank L15150 meneruskan reputasi Epson dalam bidang cetakan.

Dari segi reka bentuk dan ukuran, EoTank L15150 mengutamakan fungsi daripada kemewahan desain. 

Memandangkan ia berupaya mencetak pada ukuran kertas A3, alat ini tentunya lebih besar daripada mesin pencetak biasa yang berupaya menghasilkan cetakan saiz A4. Sudahlah besar, mesin seberat 12kg ini juga memerlukan bantuan seorang yang kuat untuk mengeluarkanya daripada kotak atau jika anda perlu alihkan mesin ini ke tempat lain.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dari segi peralatan, mesin ini dilengkapi dua ruang simpanan kertas dan satu lagi ruang kemasukan kertas – membolehkan pengguna menyimpan kertas pelbagai ukuran.

Di bahagian atas, terdapat ruang muatan (auto document feeder) untuk 50 helai dokumen yang memudahkan proses membuat salinan atau imbasan puluhan dokumen secara automatik.

Proses memuat turun sofwe pemacu dan sofwe penghubung kelihatan agak mudah biarpun memakan masa sekitar 30 minit. Ini kerana terdapat pelbagai sofwe yang perlu diisi sebelum mesin ini boleh digunakan.

Fleksibiliti dan keupayaan perhubungan yang pelbagai merupakan antara kekuatan alat ini. Pengguna boleh memilih menghubungkan mesin ini pada komputer menggunakan kabel USB atau memanfaatkan rangkaian WiFi untuk mengawal alat ini secara wayarles.  Ini memberi kebolehan mengongsi alat ini dengan rakan-rakan sepejabat atau seisi keluarga. Bahkan dengan sofwe Epson Connect yang boleh dimuat turun secara percuma, anda juga boleh mengirimkan dokumen dari mana-mana tempat di dunia untuk dicetak di alat ini.

Dengan sambungan internet, pengguna juga juga boleh mengimbas dan menghantar gambar ke alamat e-mel yang telah ditetapkan atau akaun perkhidmatan penyimpanan awan yang popular terus dari panel kawalan pencetak Epson.

Dari segi prestasi pula, alat ini tidak kurang hebat. 

Dipadankan dengan set tangki dakwat, alat ini mampu mencetak 7,500 muka surat dengan warna hitam dan 6,000 muka surat berwarna. Jika alat ini kehabisan dakwat proses menambah dakwat juga mudah dan dengan adanya botol pengisi dakwat yang inovatif, risiko dakwat tertumpah dapat dikurangkan.

Epson juga berjaya memanfaatkan teknologi bebas panas yang tidak menggunakan haba semasa proses pengeluaran dakwat. Cara ini dapat membantu mengurangkan pemanasan sekitaran. 

Dari segi kelajuan pula, kelakonan mesin ini juga menarik perhatian. Sebagai contoh ia boleh mencetak dokumen berukuran A4 dalam masa 6 saat dan foto warna pada mutu tertinggi dalam masa sekitar 3 minit. Ia juga boleh membuat salinan dokumen berukuran A3 dalam masa sekitar 2 minit

Epson L15150 boleh didapati di Shopee atau Lazada pada harga $1,399

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map