Pergeraq kini punya 2 pegawai urus program
Premium
Pergeraq kini punya 2 pegawai urus program
Apr 8, 2022 | 5:30 AM
Pergeraq kini punya 2 pegawai urus program
KELAS MENGAJI PERCUMA: Pelajar mengikuti program Kempen Celik Al-Quran (KCQ) Pergeraq yang disampaikan oleh Ustazah Suminah Khairi. - Foto PERGERAQ -
SETELAH lebih sedekad beroperasi dengan sokongan tenaga sukarelawan, Persatuan Guru-Guru Al-Quran Singapura (Pergeraq) baru-baru ini telah melantik dua pegawai muda sepenuh masa yang turut diharap dapat menjadi pelapis persatuan itu.
Ustaz Achmed Fahdly Kamsari telah dilantik sebagai pegawai eksekutif Pergeraq November lalu manakala Ustaz Marzuki Mohd Salleh diambil sebagai penyelaras program Ogos lalu.

