APABILA pengunjung dari Singapura dapat mula melawat Korea Selatan bebas kuarantin di bawah Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) mulai 15 November ini, mereka dapat menikmati pelbagai tapak menarik di negara yang semakin popular di peringkat global menyusuli pengaruh Hallyu atau gelombang Korea.
Kebanyakan tempat ini jarang dikunjungi pelancong, sekali gus menjadikannya idea yang baik bagi lawatan yang selamat dan bebas daripada himpunan orang ramai semasa pandemik global ini.
Melebihi istana di raja Seoul, pulau Jeju dan zon bebas tentera juga merupakan tempat menarik yang jarang dikunjungi.
Warga Singapura yang divaksinasi terhadap Covid-19 boleh melancong antara Singapura dengan Korea Selatan tanpa perlu menjalani perintah kuarantin bermula 15 November ini.
Mereka akan dapat terbang di antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Incheon, dan melakukan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) sebagai mengganti perintah kuarantin atau notis duduk di rumah.
Tidak kira sama ada anda merupakan pelancong kali pertama ataupun tidak, berikut merupakan panduan alternatif dan seronok untuk anda nikmatinya.
Macam-macam kimci ada di Muzium Nasional
SATU kompleks mega yang memaparkan ribuan barangan seni dan budaya ialah Muzium Nasional Korea di Seoul, yang bertaraf dunia.
Warga Singapura yang gemar makan pastinya akan jatuh cinta dengan Muzium Kimci Seoul, yang mengetengahkan sejarah panjang dan menarik mengenai hidangan nasional Korea Selatan itu.
Muzium itu mendedahkan satu rahsia yang mungkin memeranjatkan bagi peminat Korea. Kimci sebenarnya bukan berasal dari Korea.
Perkampungan seni menakjubkan
JIKA anda menuju ke Mount Naksan di bahagian utara Seoul, kampung Bukchon Hanok menarik ramai pelancong ke rumah Korean Hanok tradisional yang diperkenalkan sejak 500 tahun lalu.
Dua kilometer di bahagian timur ialah sebuah kampung yang unik tetapi agak terselindung.
Sekitar 20 tahun lalu, kawasan sesak ini sepatutnya dirobohkan dan digantikan dengan apartmen baru.
Tetapi ia diselamatkan oleh jentolak untuk menjadikan kampung itu sebagai hab artis.
Ia kemudian menjadi tarikan warga setempat dan asing yang mengunjungi kawasan kejiranan ini untuk menikmati dan mengambil gambar pemasangan seni awam ini. Ini secara tidak langsung memberi inspirasi kepada penduduk setempat membuka kafe, restoran, galeri seni dan studio. Ia tentunya menambah pendapatan penduduk-penduduk setempat.
Zon bebas tentera
JIKA anda menyertai pelancongan zon bebas tentera, tanah yang tidak dimiliki Korea Selatan dan Utara memang sebuah tapak yang amat diingati.
Pelancong boleh melawat kawasan yang kecil sementara muzium yang ada di sana dengan propaganda yang lebih pro Korea Selatan.
Apa yang lebih menarik ialah sejarah tentera lama yang terdapat di bandar Gyeongju, dengan kubu kerajaan, istana, kuil dan pagoda yang secara keseluruhan merangkumi Tapak Warisan Dunia Unesco.
Bilangan pelancongan yang mengunjungi bandar ini amat sedikit justeru ini merupakan satu tarikan rahsia.
Satu pameran menunjukkan ia berasal dari China. Sekitar 3,000 tahun dahulu, hidangan sayur pedas yang ditapai ini mula dihasilkan.
Muzium itu turut menjelaskan bahawa kini terdapat pelbagai jenis kimci yang menggunakan berbagai-bagai jenis bahan yang kemudian dihasilkan Korea.
Rugi tidak ke Istana Gyeongbokgung jika ke Korea
KEMUNGKINAN tarikan paling popular di seluruh Korea Selatan, Istana Gyeongbokgung merupakan antara tempat yang harus dikunjungi bagi setiap pelancong kali pertama ke Seoul.
Namun tidak jauh daripada istana tersebut iaitu sekitar 1 kilometer, terdapat sebuah lagi istana iaitu Istana Gyeonghuigung.
Sebenarnya terdapat lima istana di raja di Seoul. Gyeonghuigung paling kurang dikunjungi, justeru tidak ramai dan juga merupakan yang terbaru, dibangunkan sekitar kurun ke-17 dan kemudian dibina semula.
Meski lebih kecil daripada Istana Gyeongbokgung, ia tidak kurang menariknya dengan hiasan warna tema menarik Dancheong.
Dancheong memanfaatkan lima warna utama - biru, merah, kuning, putih dan hitam, warna yang sering digunakan di struktur istana dan kuil sepanjang 2,000 tahun.
Pantai nan indah
JEJU memang popular dalam kalangan warga Singapura kerana padangnya yang dipenuhi kesegaran bunga, gunung berapi aktif serta pantai berkilometer panjangnya yang masih terpelihara.
Namun, anda masih tetap dapat menikmati pasir, mentari dan berenang tanpa perlu meninggalkan tanah besar.
Bandar kedua terbesar Korea Selatan, Busan, jarang dikunjungi warga Asia.
Meski terdapat banyak bangunan tinggi, bandar itu telah melakukan usaha yang baik demi memastikan pantai itu terpelihara dan tidak tercemar.
Antara bulan Jun dengan September apabila suhu maksimum Busan berukuran antara 25 dengan 30 darjah Celsius, ramai yang gemar menghabiskan masa di pantai dan perairan yang menenangkan di pantai Songdo, Haeundae dan Gwangalli.
Kawasan pantai itu mudah diakses daripada Busan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg