Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Faishal: Kini lebih ramai sukarelawan bantu banduan

May 22, 2022 | 05:30 AM



BAGI setiap sembilan banduan sekarang, terdapat seorang sukarelawan yang mendampingi dan membimbing mereka di bawah Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah).



Ini satu kemajuan yang ketara berbanding nisbah satu sukarelawan yang membantu lebih 80 banduan pada 2015.



Ini kerana lebih ramai anggota Melayu/Islam tampil sebagai sukarelawan untuk membantu golongan banduan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Malah, Dr Faishal sendiri juga giat mengadakan lawatan ke penjara - ada kalanya hingga empat kali seminggu - sebahagian tugasnya di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Pengalaman menyingsing lengan untuk membantu banduan benar-benar mendatangkan kesan kepada Dr Faishal secara peribadi.



"Bagi saya, antara perkara terbaik yang berlaku dalam kehidupan saya, sejujurnya, adalah peluang untuk mendekati banduan dan keluarga mereka.



"Ia membantu saya untuk memahami cara untuk membantu mereka dan menggembleng tenaga badan Melayu/Islam untuk membantu mereka," ujar Dr Faishal kepada Berita Minggu (BM).



Fitrah diperkenalkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 2019 untuk menggembleng lebih ramai tenaga bagi membantu bekas pesalah Muslim pulih dan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.



Inisiatif itu merupakan gabungan usaha antara Muis dengan masjid-masjid setempat, Kementerian Dalam Negeri (MHA), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), rakan kerja M Kuasa Tiga (M3) iaitu Mendaki, Mesra serta pelbagai badan masyarakat lain.



Sejak diperkenalkan, Fitrah telah menerima dan mengurus sekitar 800 rujukan untuk bantuan kewangan, sokongan pekerjaan, dan pembelajaran Islam, kata Dr Faishal.



Secara keseluruhannya, sekitar 2,600 anggota keluarga banduan meraih manfaat daripada rujukan Fitrah.



Lebih ramai banduan juga yang kini sedar tentang program Fitrah, kata Dr Faishal.



"Apabila saya berbual dengan banduan dan bertanya tentang Fitrah, mereka akan tahu tentang Fitrah.



"Kami juga melihat lebih banyak rujukan yang meminta sokongan pendamping daripada bekas banduan setelah mereka keluar dari penjara," ujar Dr Faishal.



Beliau merupakan pengerusi Bidang Tumpuan Kedua (FA2) untuk membantu keluarga dan individu berisiko di bawah rangkaian M³.



Fitrah merupakan satu usaha utama di bawah FA2.



Usaha masyarakat untuk menyokong banduan kian mendatangkan hasil, dengan kadar bentan atau residivisme - yang mengukur kemasukan semula bekas banduan ke penjara dalam masa dua tahun setelah dibebaskan - mencapai tahap terendah dalam 30 tahun.



Perangkaan dari Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) yang diterbitkan Februari lalu menunjukkan kadar residivisme pada 2019 berada pada kadar 20 peratus.



Ini bermakna hanya dua daripada 10 banduan yang dibebaskan pada 2019 kembali dipenjarakan dalam masa dua tahun dibebaskan.




PERKARA TERBAIK BAGI SAYA PELUANG DEKATI BANDUAN 



"Bagi saya, antara perkara terbaik yang berlaku dalam kehidupan saya, sejujurnya, adalah peluang untuk mendekati banduan dan keluarga mereka.

Ia membantu saya untuk memahami cara untuk membantu mereka dan menggembleng tenaga badan Melayu/Islam untuk membantu mereka.''

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >