Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PERCUTIAN DAN PEMULIHAN EKONOMI PASCA-COVID-19

Perlu perancangan awal tunai umrah musim cuti

Pendaftaran umrah salah satu GSA melonjak: ● Nov dan Dis tahun lepas pendaftaran 1,000 jemaah ● Enam bulan lepas hingga kini, pendaftaran 4,000 jemaah
Dec 25, 2022 | 05:30 AM



PERANCANGAN awal perlu dibuat terlebih dahulu oleh jemaah sebelum mereka memutuskan untuk melaksanakan ibadah umrah, terutama sewaktu musim percutian.



Setiausaha Kehormat Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustazah Juyda Noor Mohamad berkata demikian apabila diminta mengulas tentang permintaan pakej umrah pada tempoh cuti sekolah.



Menurut Ustazah Juyda, lebih ramai rakyat Singapura yang telah membuat tempahan untuk menunaikan umrah pada penghujung tahun bagi mengelak kemungkinan tidak mendapat tiket penerbangan dan penginapan.



"Jemaah Singapura masih lagi pergi ke Arab Saudi mengikut musiman, iaitu musim cuti sekolah.



"Dan pada musim cuti sekolah juga, penerbangan amat terhad dan penginapan pun penuh. Maka itu, mereka perlu buat perancangan awal," kata beliau.



Ejen penjualan umrah (GSA) yang dihubungi Berita Minggu (BM) berkata mereka telah menyaksikan permintaan yang tinggi bagi pakej umrah yang ditawarkan.



Pengarah Travelconnect.sg, Ustaz Nafis Rahman berkata selain destinasi popular di seluruh Asia dan Eropah, perjalanan ke Tanah Suci kian mendapat sambutan yang amat menggalakkan.



"Jika dibandingkan dengan jemaah yang mendaftar untuk wisata dan umrah pada tahun lepas dengan tahun ni, terdapat lonjatan yang agak tinggi.



"Pada November dan Disember tahun 2021, kami menerima pendaftaran anggaran 1,000 jemaah.



"Namun pada enam bulan lepas hingga kini, kami menerima anggaran 4,000 jemaah," kongsi beliau.



Ejen penjualan umrah di sini berpendapat ia mungkin disebabkan orang ramai yang ingin memenuhi hajat ke Tanah Suci selepas sekitar dua tahun tidak dapat melakukan demikian bak penularan Covid-19.



Pada 2020 dan tahun lalu, ibadah haji dan umrah untuk jemaah Singapura dan dari seluruh dunia terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19 dan penutupan sempadan.



Namun sejak kerajaan Arab Saudi melonggarkan sekatan mereka dan membenarkan jemaah kembali ke sana, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang itu, menurut Ustazah Juyda.



"Sejak kerajaan Arab Saudi membuka sempadan kepada semua untuk menunaikan ibadah umrah, maka ia tidak terkecuali bagi rakyat Singapura.



"Mentelah lagi musim cuti sekolah, maka ramai yang rebut peluang ini selagi sempadan dibuka," katanya.



Daripada pengamatannya, Ustazah Juyda berkata antara kelainan melakukan umrah pada masa kini berbanding sebelum pandemik adalah permintaan jemaah yang ingin melakukan umrah secara bersendirian atau "DIY".



Dengan itu, ramai jemaah yang tidak menempah pakej menerusi ejen penjualan umrah di bawah naungan Amtas, jelas Ustazah Juyda.



Pada 2019, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pemegang visa pelancongan dari 49 negara, termasuk Singapura, dibolehkan melakukan umrah menerusi tempahan visa itu terdahulu atau setibanya mereka di lapangan terbang.



Ustazah Juyda, yang juga merupakan Pengarah syarikat Noor Mohamad Services (NMS) bagaimanapun merasakan bahawa permintaan bagi perjalanan ke Tanah Suci belum lagi mencapi tahap yang sama seperti waktu sebelum pandemik.



Beliau berkata: "Untuk kembali kepada sebelum pandemik, rasanya belum lagi sepenuhnya kerana rakyat Singapura masih lagi berhati-hati dalam perbelanjaan kerana kini masih lagi dalam keadaan pemulihan ekonomi.



"Walaubagaimanapun, Alhamdulillah dengan keadaan sekarang yang mana ramai masih lagi ingin menunaikan ibadah umrah, maka ia satu petanda baik dan mudah mudahan ia akan bertambah pada masa akan datang. Insya-Allah."



Bagi para jemaah yang mempunyai niat untuk ke Tanah Suci pada masa hadapan, Ustazah Juyda menasihatkan agar mereka membuat persiapan dari segi fizikal, mental dan yang paling penting ialah rohani.



"Jemaah juga perlu mengingatkan diri bahawa umrah ini bersangkut paut dgn hal ibadah dan bukan bersiar-siar.



"Mereka juga perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan harga pakej yang tinggi kerana kenaikan harga penginapan hotel serta tiket penerbangan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >