Beban kewangan untuk menyediakan campur tangan, terapi dan perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas masih menjadi kebimbangan ketara.

Sebagai bapa kepada seorang anak berkeperluan khas, Encik Shahrom Mohd Taha, membelanjakan lebih $1,000 sebulan untuk memastikan anaknya mempunyai akses kepada sumber yang akan membantu menguruskan keadaannya.