Kesan gelombang ketiga pandemik atas ekon M'sia lebih teruk dari jangkaan
Premium
Kesan gelombang ketiga pandemik atas ekon M'sia lebih teruk dari jangkaan
Aug 24, 2021 | 5:30 AM
PANDEMIK COVID-19: Peningkatan kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 telah menjejas prestasi ekonomi Malaysia hingga mengakibatkan syarikat penarafan kredit antarabangsa, Fitch Solutions membuat semakan semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Gambar menunjukkan sekumpulan petugas perubatan pada 16 Julai lalu melakukan sanitasi ke atas jenazah pesakit koronavirus di Kuala Lumpur dan kemudian membakar kesemua alat pelindung diri yang digunakan mereka demi mencegah penularan virus. - Foto BH oleh YUSOF ASYRAF -
KEDUDUKAN ekonomi Malaysia terus mendapat sorotan seminggu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, bersama-sama Kabinet Perikatan Nasional (PN).
Persoalan yang sering diajukan ialah sejauh manakah kejayaan pelan ekonomi negara yang diduduki 32.7 juta penduduk di Tanah Semenanjung Melayu dan di Pulau Borneo itu sepanjang tempoh 17 bulan pentadbiran PN yang bermula antara 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos lalu?

