SEBANYAK 70,000 aduan berkait bunyi bising berlebihan dikemukakan kepada agensi pemerintah secara purata setiap tahun, dengan kenaikan jumlah aduan bunyi bising di tempat kediaman dalam tempoh beberapa tahun ini.

Pendedahan penduduk Singapura terhadap bunyi bising di luar didapati melebihi garis panduan yang ditetapkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) iaitu 2.4 desibel dan hampir kepada had 70 desibel yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).