Premium
Persahabatan terjalin antara anggota kumpulan
Nov 10, 2022 | 5:30 AM
-
APABILA seorang pembantu jualan sambilan dimasukkan ke hospital berikutan pembedahan kecemasan selepas kucingnya menggigit dan mencederakan tangannya dengan teruk, rakan-rakannya dalam sebuah kumpulan sokongan ibu bergilir-gilir membawa makanan kepada anak-anaknya selama seminggu.
Beliau mempunyai enam orang anak berusia antara tiga dengan 20 tahun dan juga menjaga seorang cucu berusia dua tahun. Suaminya bekerja sebagai pakar kawalan serangga perosak.

